ZNEISA Family Outing 😘😍



Akhirnya! Setelah dua bulan lebih rasanya, adanya ZNEISA keluar sama-sama, satu kereta. Dengar semua bercakap, dengan semua suka-suka, sambil makan-makan, tengok pantai. 
Ya Allah! Rasanya syurga lagi indah, tapi saya harap saya dapat rasa nikmat ni walaupun selepas kedunia yang seterusnya, Ameen. 

Pagi tu umi dah masak 3 jenis sarapan, 
Pertama, mee kuning goreng versi takde sayur
Kedua, mee kuning goreng versi ada sayur
Ketiga, nasi goreng 

Mula-mula kakngah rancang nak pergi berdua je dengan umi. Sebab nak selesaikan kerja kat dungun. Lepas tu awah nak ikut #menyepe πŸ˜’
Tiba-tiba tengah lepak dalam bilik umi kata pergi lepas zohor, sebab adik dengan kakak nak ikut 😯

Tapi tak lepas zohor mana pon, sebab saya sendiri tertidur huhuhu 😴😴😴

Btw, walaupun kelmarin bangun tak awal mana, tapi rasa masa sangat banyak. 
Sebab kelmarin saya buat antara perkara yang jarang dibuat, solat dhuha awal. 
Saya kongsi sebab mungkin bermanfaat untuk orang lain, saya sempat makan sambil cakap-cakap (biasanya sangat lama), berborak dengan umi, adik beradik yang lain sekali, 
+ Menangis πŸ˜…

Memang sempat buat banyak perkara, sangat worth untuk dijadikan amalan, cubalah 😊

Umi kata nak nasi goreng kali ni warna putih-putih je, bukan merah ke orenπŸ˜…




Yang ni cantik! Nampak meriah, sebab banyak warnanya menarik 😘



Kitaorang pergi beli barang, beli durian, pergi lawat abah, makan pizza kat pantai 
Best. Best. Best. 
Sangat best, serius best. 
Takde kata-kata nak gambarkan perasaan tu. 

Walaupun masa balik, kakngah bawah kereta macam nak berlumba, jadi sampai rumah tu ma.bouk ma.bouk je rasa, tapi sangat happy. πŸ’

Btw, ZNEISA tu umi dengan abah yang reka. Gabungan semua nama pertama kami (nama sendiri) 
Semua empat beradik ada nama title name (Tengku) diwariskan dari abah, 
adik ada 'Muhammad' ambik dari 'Mohamad' (nama kedua abah),
dan kami bertiga ada nama yang bermula dengan huruf 'N', ambik dari nama umi 'Nurulhuda'
(abah yang cadang,so sweet πŸ˜†πŸ’•)
Jadi, ZNEISA tu gabungan 
(Zulkifli, Nurulhuda, Elyani, Izzati, Syarah, Abduh)
ZNEISA pon ada maksud, 
dari perkataan 'zenith' maksudnya 'puncak'
Semoga kami dapat capai puncak tertinggi dalam hidup kami nanti πŸ’–

Gambar-gambar yang ambil kat pantai tu cantik, lawak, menarik, memorable, semua ada.
Tapi kami simpam untuk simpanan peribadi, ada gambar selfie, ambik gambar dengan umi dan semua πŸ’“

🌻
11 Jun 2020

ps : 1 lagi entry
pss : saya tulis blog tentang kehidupan seharian sebab saya rasa saya jadi lebih menghargai hidup saya, saya dapat ingat perkara-perkara bermakna yang saya buat sehari-sehari, jadi saya rasa hidul saya lebih bermakna

Walaupun waktu yang saya peruntukkan untuk tulis satu-satu entry agak lama (untuk harini saja saya habiskan 4 jam, dari pagi lagi) 
tapi sangat worth it, 
mungkin suaru hari nanti, bila saya down, saya akan fikir, saya dah ada banyak perkara yang membahagiakan saya di masa lalu, jadi saya tetap kena bahagia dan bersyukur di masa depan

Semoga semua orang yang pernah wujud di muka bumi ini ada kehidupan yang bersyukur dan bahagia, ameen πŸ’˜




Comments

Popular posts from this blog

Nota Ringkas STPM BM 1 (Bahagian 5 - Akhir)

Soalan STPM Sejarah Semester 3

Contoh Wacana Retorik: Pemerian, Pemujukan, Penceritaan, Pendedahan, Penghujahan