Mee Sup For Todayyy 🍜πŸ₯’



Sehari selepas tengok pokok tu, umi sakit gusi. Gusi umi bengkak-bengkak dan warna merah macam tu. Jadi umi pon cadang nak buat nasi air untuk umi, masak nasi untuk orang lain dan buat sup. Jadi senang kerja. 

Tapj tak tahu macam mana tergerak hati nak buat nasi air tambah 3 jenis mee (mee kuning,  mihun dan kuey teow) untuk makan sekali dengan sup. 

Tapi pagi tu lambat sikit baru saya masuk dapur, jadi tak tertolong umi dari awal. Masa tanya umi nak tolong apa, umi kata ada dua kerja. Potong bahan-bahan yang nak letak dalam kuah sup tu dan perisi ayam (isi ayam hancur). Confirm lah pilih kerja senang! πŸ˜„ potong bahan lah pilihan saya. 

Mula-mula kakngah buah sorang-sorang je perisi ayam tu. Last-last kakak tolong sekali. 

Btw, harini umi masak nasi goreng dengan ayam kunyit πŸ˜‹πŸ˜‹

Side dishes pulak umi buat
wrap 🌯🌯🌯🌯🌯
 sambal lada 🌢🌢🌢
telur masin 🍳
telur hancur πŸ₯š
ikan hancur 🐟
sayur 🌿
πŸ₯•πŸ…πŸ₯¦
⚠️ hancur tu bukan maksudnya hangus, untuk ikan dengan ayam leraikan isi dengan tulang dan isi dia buat kecik-kecik dengan tangan.
Telur masin rebus macam biasa dan hancurkan kecik-kecik guna  sudu. 
Telur hancur pula goreng macan biasa, tapi dah hancurkan masa goreng tu. 

Tapi telur dengan telur masin tak cukul masa tu. Jadi umi kata nak keluar, tapi nak keluar sorang. Banyak kali umi tegas kata nak keluar sorang. Tapi tak tahu kenapa, sebab umi sakit kot jadi rasa macam nak teman juga umi. 

Walaupun bila sampai kedai tak keluar pon, tapi kurang-kurang umi ada teman bercakap. Umi ada kata, "hidup kita ni wah kena bersyukur, ramai lagi orang susah pada kita". Dulu keluarga umi sangat susah, arwah tokki dengan tok zahrah tak kerja kerajaan, takde pendapatan tetap. Ada rezeki adalah, tapi anak-anak usaha, belajar sungguh-sungguh. Walaupun tak kaya-raya, tapi boleh makan sedap juga bila dah kerja. Kalau rasa makanan kedai kurang sedap pon boleh belajar masak sendiri. 

Saya pon ada cakap, saya tulis blog bukan sekadar suka-suka nak luah perasaan. Tapi saya tulis perkara-perkara yang saya buat sehari-hari. Jadi bila saya tengok balik, saya boleh sedar, ada banya perkara yang saya dah buah dalam tempoh waktu tertentu. 

Umi pon ada kata yang umi nak buat blog, saja nak tulis apa ynag umi rasa. Kurang-kurang kita boleh kurangkan stress, sebab blog tak banyak orang baca. Jarang apa yang orang tulis kat blog jadi kontroversi. Boleh jadi apa yang kita tulis sekarang, 10 tahun akan datang pon tiada pembaca. Lagi bagus, lagi tenang dan tenteram. 


Saya cuba kumpul memori yang saya boleh kenang, supaya saya akan sentiasa bersyukur. 

Sebab saya pernah dengar satu ceramah di Masjid Pak Sabah, masa kami singgah solat.
"wanita adalah makhluk yang penuh perasaan. Saat dia diuji, dia akan merasa dialah manusia paling malang di dunia ini. Ketika wanita bergaduh dengan suaminya, wanita dengan mudah mampu berkata "aku tidak pernah bahagia bersama dengannya" ataupun apabila dia tidak mendapat sesuatu yang diingini, dia berkata pula "semua yang aku mahu, aku tidak pernah mendapatkan nya", perbuatan ini adalah perbuatan yang buruk kerana menunjukkan rasa tidak bersyukur terhadap Allah"

Serius, masa dengar ni rasa macam tersentak. Secara umumnya, saya pon pernah macam tu. Masa saya sedih, saya rasa saya tak pernah bahagia. Kerana itulah wanita pada umumnya. 

Ringkasnya, sifat 'hiperbola dan metafora' yang kita selalu sebut-sebut tanpa sedar tu perkara yang Allah tak suka. Banyakkan ucap Alhamdulillah supaya kita selalu bersyukur atas nikmatnya, InshaaAllah. 


Entry kali ni panjang sikit, sorry πŸ˜…

🌻
15 Jun 2020




Comments

Popular posts from this blog

Nota Ringkas STPM BM 1 (Bahagian 5 - Akhir)

Soalan STPM Sejarah Semester 3

Contoh Wacana Retorik: Pemerian, Pemujukan, Penceritaan, Pendedahan, Penghujahan