BUKA PUASA SEBAB GASTRIK
Tolong. Jangan. Minum. Teh. Masa. Sahur. Kalau. Dah. Tahu. Diri. Ada. GASTRIK!
Memang cari pasal lah ๐
Sebelum ni elok je minum kopi atau susu masa bersahur. Tapi hari tu terfikir, best jugak minum teh ni. Tambah susu. ๐คค Ya Allah, nikmatnya ๐
Sebelum ni dah tahu, pantang orang ada gastrik tak boleh minum teh. Tapi teh tu minuman fav, mana boleh tinggal. Cuma dulu gastrik tak teruk, lama-lama bila lepas bulan puasa ni makin teruk pula gastriknya.
Pagi-pagi lepas sahur umi ajak keluar, jalan keliling rumah. Pergi kawasan belakang, tengok pokok. Best!
Tapi sekejap je best tu, bila masuk rumah, dalam pukul 8.30, perut mula rasa tak sedap. Masa macam lapar. Pelik! Tak pernah lapar awal pagi masa puasa. Sangat jarang berlaku. Tapi rasa nak tahan, masa tu fikir mungkin perut memulas kot. Dah makan pisang masa sahur.
Tak sampai 15 minit lepas tu, sakit dah tak boleh cerita. Pergi kat umi, peluk dan nangis ๐
Tak tahu nak buat apa, lapar sangat.
Umi suruh berbuka,
kalau berpuasa tu boleh memudaratkan kesihatan, boleh berbuka.
Mula-mula degil. Tahan je lagi. Tapi nak biat apa-apa pon tak boleh. Duduk rasa serba salah, baring rasa tak selesa. Tak tidur pon tak boleh.
Last-last berbuka juga. Sebab takut makin mudarat. Umi kata, kalau sakit kena duduk hospital sorang-sorang. :"( Taknak :-""(
Berbuka la saya dengan 2 biji telur rebus, 2 keping roti, dan 2 biji pisang. Lepas tu baru boleh tidur. Perasaan tak larat tu sampai umi kejutkan untuk solat zuhur, dan asar. Selebihnya tidur balik. Bila buka mata pon nampak dunia berpusing je. Umi kata mungkin sebab angin.
Bahaya rupanya gastrik ni. Selama ni tahap rendah-rendah je, jadi kita boleh buat main-main. Tapi bila dah capai tahap tinggi, boleh rasa sesak je dada.
Kalau ada gastrik, jangan minum teh ye ❣️ Lagi-lagi kalau sahur. Jaga kesihatan kita, tubuh ni milik Allah, kita ada amanah untuk menjaganya ๐
๐ป
5 Jun 2020 - 1:41 pagi :)
Comments
Post a Comment