Sarapan Rahsia 🀫


Biasalah jari orang tengah lapar, ketar-ketar sampai masuk dalam gambar. πŸ˜…

Ceritanya, 2 hari lepas, terbangun awal. Pukul 4 lebih rasanya. Jadi pukul 5 dah rasa lapar semacam. Nak tahan, dah tak boleh. Rasa lapar dia lain macam dah. 

Tapi tak sampai hati nak kejutkan umi, dah tahu diri tak pandai masak 😱😡
Nak buka api dapur sendiri takut, sebab dulu pernah try buka sendiri, last-last tak sedar kena api. Jadi tak suka api πŸ€’

Bila pergi dapur tengok dalam periuk ada nasi dalam segenggam lagi. Cukup la tu nak buat nasi goreng. 

Jadi saya hancurkan nasi tu, penyet-penyet dengan senduk. 
Pecahkan telur, gaul sekali semua nasi. 
Panaskan periuk, buat mood cook. 
Lepas dah nampak masak sikit telur tu, terus masukkan pes tomyam dan pes limau purut (biasa orang guna untuk buat ikan bakar) 
Siap! 

Kenapa jadi sarapan rahsia? Sebab pagi tu memang craving makanan frozen, tapi saya tengah diet. Kalau saya bagitahu umi saya makan empat ketul nugget, mesti umi geleng kepala. Umi harap sangat anakanda ketiga umi ni boleh jadi kurus macam dulu balik πŸ‘‰πŸ‘ˆ

Gambar ni diambil kerana suasana masa tu penuh dengan kebosanan ye πŸ˜— Sebab awal pagi sangat, cengkerik pon segan nak berbunyi.




Saya goreng 4 ketul nugget, jadi menu ni sangat tidak sihat πŸ˜ͺ


Oh ya, ada tambah cheese sekali.


Ada tambahan menu (dalam bekas purple) 
Pisang + tepung susu soya + oat
(nak sedapkan hati, sebab menu sebelahnya dah tak sihat πŸ‘‰πŸ‘ˆ)




Kenapa guna mangkuk kecil dua-dua? Sebab permukaan dia kecik, jadi kurang tenaga nak membasuh πŸ˜›
Ni lah sebab gemuk ye, malas! 

🌻
10 Jun 2020

Comments

Popular posts from this blog

Nota Ringkas STPM BM 1 (Bahagian 5 - Akhir)

Soalan STPM Sejarah Semester 3

Contoh Wacana Retorik: Pemerian, Pemujukan, Penceritaan, Pendedahan, Penghujahan