USRAH: MAKSUD ISLAM YANG SEBENAR
Note: aku tak tekankan tatabahasa ofc. And grammar aku pun hauk. Jadi kalau-kalau orang yang baca ni jenis sensatif pasal bahasa, aku minta maaf sebab menyakitkan mata dan otak korang. Peace!
Harini, seperti yang dijanjikan aku masuk usrah pukul 8 pagi. Tapi terlanggar janji sikit, accident masuk 8.20 pagi hehe.
Mulanya ingatkan aku sorang je dah lambat, last-last aku sorang je masuk. Pulakk..
Dah ready niat jahat awal-awal nak masuk sekejap je, pastu kalau mengantuk ke apa, bolehlah keluar awal. Jiwa nakal saya masih membara nampaknya.. Tapi Allah tak izinkan, ditakdirkan Kak Chika boleh layan aku sorang exclusively.
Berbalik pada topik usrah.
Soalan pertama yang aku dapat ..... "Apa yang awak bersyukur sebagai seorang Muslim?". Soalan pertama pun dah kebabom Kak Chika bagi aku. Pastu dengan otak tak cukup oksigen sebab tak tdur semalaman, aku menjawab dengan redha. Aci tak aci lah betul ke salah.
Jawapan aku, aku selalu rasa mualaf tu hebat. At least seseorang yang bergelar mualaf ni memang luar biasa. Tak perlu tengok lagi next step dia jadi pendakwah ke, atau kekalkan Islam tu hanya untuk diri dia je. Tapi hakikat dia mampu mengucap dua kalimah syahadah tu pon dah dahsyat. Boleh bayangkan tak macam aman kita nak ubah keyakinan atau kepercayaan kita? Perkara tu sesuatu yang kita tak boleh nampak dengan mata kasar. Bagi seseorang yang belum terlahir Islam, macam mana dia nak tahu bahawa Islam tu agama yang sebenar dan satu-satunya masih berada di landasan yang betul? Tak ke hebat tu? Diorang mesti bermula dengan rasa ingin tahu, atau tersentuh dengan keindahan Islam. Lepas tu rasa tu develop jadi minat yang semakin lama semakin dalam, sehingga diorang rasa betul-betul yakin untuk peluk Islam. Tak ke indah perkara tu? Sebab ilmu Islam tu diorang yang cari sendiri, atas minat dan usaha sendiri, mesti ilmu tu akan kekal lama. Tak sama dengan ready made Muslim yang kebanyakannya disuap tanpa minat, dan mungkin jugak dipaksa ehem..
Panjangnya jawapan aku tulis. Tapi takdelah aku cakap banyak macam tu kat depan Kak Chika. Malu jugak bila sifu tanya jawab yang perlu jelah kan..
Btw aku tak ingat semua pon soalan. Aku tulis mana aku ingat jelah. Boleh baca pulak akan datang and sebagai peringatan buat diri sendiri.
Soalan seterusnya, "Macam mana awak nak tunjuk rasa bersyukur tu pada Allah?". Advance kan? Orang ingat masuk usrah rela-rela ni soalan taraf-taraf apa Rukun Iman keempat, rupanya semua basis-basis ketuhanan. Jujur, aku pon tak pernah fikir perkara ni mendalam sangat.
Jawapan aku? Aku bagi perumpamaan basic dan juga principle yang aku pegang selama hidup aku. Rasanya aku develop prinsip ni lepas abah pergi. Prinsip 'give and take'. Basically, bila kita nak sesuatu, maka kita pun kena korbankan sesuatu atau buat pemberian baharu. Bila kita dapat sesuatu nikmat daripada Allah, untuk tunjukkan rasa syukur kita, kita kena bagi balik pada Allah dengan cara menyumbang pada jalanNya. Sekali lagi aku ingatkan, ni prinsip aku. Contoh, aku dapat jadi pandai sesuatu subjek atau topik tu, obviously sebab Allah bagi pemahaman yang lebih aku. Nak harapkan 100% usaha.. ermm.. nah..
Jadi apa aku perlu buat untuk balas balik pada Allah? Untuk tunjukkan rasa syukir? Aku perlu ajar orang lain dan guide diorang. Sebab asasnya, ilmu tu bukan ilmu aku, tapi ilmu Allah. Sebenanrany jawapan aku untuk soalan ni agak panjang, tapi aku sendiri tak berapa nak ingat, so kita pindah ke soalan seterusnya!
"Apa pemahaman awak tentang Islam? Macam mana awak faham makna Al-quran, hadith, and makna di sebalik ibadah-ibadah awak?. So obviouslylah jawapannya bukan sekadar bukak tafsir kalau nak faham al-Quran kan? Mesti kita kena guna jawapan yang lebih deep dan bermakna.
Jadi aku jawab tentang ayat lembutkan lidah untuk lancarkan bacaan. Kegunaan pemahaman kita terhadap Islam ni banyak. Jap aku rasa soalannya lebih kepada "Kenapa awak kena faham Islam?". Tapi aku tak ingat. But still, jawapan aku tentang ayat lembutkan lidah untuk mudahkan bicara. Sorang ahli family aku cerita, berdasarkan apa yang dia dengar-dengar lah. Dia cerita tentang Nabi Musa AS.
Briefly, semua orang tahu tentang zaman firaun memerintah, dan semua bayi lelaki dibunuh kerana mimpi dia tentang akan ada lelaki yang menjadi penentang akan datang. And isteri firaun, Siti Asiah jumpa Nabi Musa AS dalam bakul yang dihanyutkan dalam sungai oleh ibu Nabi Musa AS. Okay, tu briefly yang aku tahu.
Kemudian, ada riwayat cerita tambahan. Ceritanya, lepas Siti Asiah minta firaun untuk jaga Nabi Musa, firaun buat keputusan untuk bagi first test pada Nabi Musa AS. Untuk uji any possibilities yang Nabi Musa AS akan jadi penentang firaun tak masa dah dewasa. Sebab biasanya genius tu kan dah boleh tengok masa kecik. Lagipun penentang seorang raja yang mengaku dirinya tuhan ni mesti bukan orang biasa-biasa.
Testnya adalah, Nabi Musa AS diberi pilihan tiga barang. Masa tu Nabi Musa AS masih kecil lagi. Tiga barang tu adalah sesuatu yang berhharga (tak silap emas), satu barang lagi aku tak ingat, dan sesuatu yang membara (similar macam arang). Masa tu diceritakan Nabi Musa AS nak pilih barang berharga tu, tapi malaikat halang dan bagitau Nabi Musa AS supaya ambik barang yang membara tu. Dan ditakdirkan Nabi Musa AS masukkan barang membara tersebut ke dalam mulitnya, sehingga menyebabkan kerosakan pada anggota percakapan. Maka apabila ditakdirkan Allah untuk Nabi Musa AS menentang firaun, doa tersebut dibaca. Aku tak ingat ayat apa, tapi aku search Surah Thoha 25-28. Jap aku leak gambar, and korang boleh hafal jugak.
Sebelum aku nak bagitau, aku dapat tahu cerita ni sebab aku mulakan cerita yang bayi-bayi kat Korea ada tradisi masa first birthday diorang. Penjaga diorang akan letak dalam dulang beberapa barang, macam Bible, tali merah yang melambangkan hidup yang panjang, mungkin bola atau kayu besbol kalau si ibu bapanya harapkan anaknya jadi ahli sukan, dan ada jugak letak peralatan doktor. Maklumlah, semua ibu nak anak dia jadi doktor kan. Tapi takde sorang pun ibu-ibu yang rela belajar dulu jadi doktor untuk rasa sendiri keperitan tu, kemudian baru relakan anak dia jadi doktor.. Okay selingan. Dan bila aku story adat resam ni pada that person, dia pun ceritalah pada aku cerita Nabi Musa AS tersebut.
Banyak lagi soalan sebenarnya. Tapi memandangkan otak aku dah tak center, semua dah berterabur. And Kak Chika ada bagi task. Untuk cari makna bacaan dalam solat.
Tu je kot. Assalamualaikum.
Comments
Post a Comment