ABAH 55 TAHUN

 Buat seorang insan yang akan diingati selalu, Abah.

Selamat hari lahir ke-55 tahun Abah.


Sudah ku tahu hati terluka,

Saat merekah memori kemarin,

Sudah ku tahu takkan dibaca,

Namun warkah tetap ku kirim.


Insan bernama sering ku ingat,

Tiada dua takkan terganti,

Sampai ke tua masih meligat,

Maaf dipinta saat sesali.


Ku pintal doa saat terkhilaf,

Memohon restu pada Yang Esa,

Ku suluh jalan tidak beralas,

Mengusir pilu tenggelam duka.


Salam sejahtera buat di sana,

Moga bahagia harapan anakanda,

Senyumnya lebar ku rindu jua,

Tangan subuh membuka mata.


Bingkisan tidak seberapa yang mahu dikenang. Tidak memberi sebarang impak pada yang di sana, cuma diukir sekadar pengubat pilu. Semoga Allah mengampunkan semua hambaNya dan memberi kebahagian kepada seluruh umat manusia. 8:36 12 Muharram/10 Ogos 2022.

Comments

Popular posts from this blog

Nota Ringkas STPM BM 1 (Bahagian 5 - Akhir)

Soalan STPM Sejarah Semester 3

Contoh Wacana Retorik: Pemerian, Pemujukan, Penceritaan, Pendedahan, Penghujahan