Soalan STPM Sejarah Semester 3

 Harini Syrh buat keputusan untuk berkemas, rasa dah ready nak hadap buku-buku lama masa STPM. Hati pun dah agak kental, yelah dah 2 bulan kan. Kalau jeling-jeling soalan tu dah capai tahap redha dah dengan apa yang tangan ni mampu tulis masa exam haritu.

Jadi, disebabkan Syrh sendiri alami kesusahan yg super dahsyat semata-mata nak cari soalan past year di internet, so I decided to put this kat blog ni. Alang-alang ada orang cari, boleh mudahkan urusan orang lain jugak kan?

So, kepada yang menjadi soalan ni, belajar sungguh kay? Masuk universiti, banggakan mak ayah hoho (walaupun diri sendiri pun tengah pusing kepala fikir macam mana nak jawab soalan interview uni)

Amacam? Seram tak tengok paper exam sem 3?
Sebenarnya tak seram mana pun lepas tengok ni, sebab ni paper akhir, bukan sahaja akhir bagi sem 3, tapi akhir persekolahan jugak 😆

Bagi adik-adik yang kata, "akak, tak nakmpak lah"

So awal-awal Syrh tulis semula untuk korang. Jadi sila bukak balik blog ni dengan laptop, copy and paste dekat microsoft word and print (bagi yang malas nak salin atau lebih sopan kita katakan "taknak membazir dakwat pen")

Bahagian A:Sejarah Malaysia (40 Markah)

Jawab dua soalan sahaja

1. Jelaskan struktur sosial masyarakat yang terdapat di Tanah Melayu sebelum campur tangan British pada tahun 1874.

2. Bincangkan perubahan ekonomi yang berlaku di Tanah Melayu akibat campur tangan British.

3. Huraikan peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berperlembagaan dalam sistem pemerintahan Malaysia.

Bahagian B:Sejarah Asia Tenggara (40 Markah)

Jawab dua soalan sahaja

4. Bincangkan peranan raja berkuasa mutlak di Thailand sebelum pemodenan Thailand oleh Raja Mongkut.

5. Bincangkan matlamat penubuhan Sarekat Islam di Indonesia dari tahun 1912 hingga 1930.

6. Bincangkan penglibatan Filipina dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Jawapan? Dalam buku teks korang 😄

🌻 3Jun2021, TD

Comments

Popular posts from this blog

Nota Ringkas STPM BM 1 (Bahagian 5 - Akhir)

Contoh Wacana Retorik: Pemerian, Pemujukan, Penceritaan, Pendedahan, Penghujahan