Contoh Wacana Retorik: Pemerian, Pemujukan, Penceritaan, Pendedahan, Penghujahan
Entahlah, harini terlebih rajin nak kongsi dan buat entry banyak-banyak. Jadi kalau korang nak ambik manfaat dari blog ni, dipersilakan😄
Retorik yang disertakan di bawah ni adalah salah satu task Bahasa Melayu STPM masa awal-awal semester 3 dulu, memang cantiklah Syrh buat hoho. Tapi dah koyak rabak, jadi nak simpan pun rasa pelik, jadi sebelum buang, Syrh share lah kat sini.
🌻Retorik ni semua Syrh buat sendiri, dan cikgu Bahasa Melayu pun dah check, so jangan segan silu atau malu-malu nak guna. Peringatan! Hafal awal-awal. Nanti nak dekat exam dah tak kalut ☺
🔸Retorik Pemerian🔸
Sutera batik itu berwarna biru laut; sutera batik terbaharu keluaran Alma Batik. Sutera itu bermotif tiga kuntum bunga rafflesia yang mekar dan dilengkapi dedaun yang berakar. Terdapat juga motif seekor kupu-kupu yang menambah keserian batik itu.
🔸Retorik Pemujukan🔸
Anda mampu terlihat anggun seperti Siti Nurhaliza! Tak percaya? Olivia Couture mampu merealisasikannya. Rekaan kurung, peplum dan jubah yang terkini. Mampu menyerlahkan pesona diri. Dapatkan segera!
🔸Retorik Penceritaan🔸
Ibu memegang kain batik biru itu dengan erat. Kain batik itu menjadi peneman mesra kehidupan sehari-hari. Kain batik itu sentiasa dipakai sehingga basah dan kering di tubuhnya. Itulah satu-satunya kain batik peninggalan arwah bapa yang menjadi pengubat rindu dan peneman ibu di kala kesepian.
🔸Retorik Pendedahan🔸
Batik Malaysia merupakan seni tekstil batik dari Malaysia, terutama di bahagian Pantai Timur Malaysia iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. Batik Malaysia menggunakan motif flora dan jarang menggunakan motif mahkluk hidup kerana dilarang dalam Islam. Namun begitu motif rama-rama masih banyak digunakan dala industri batik Malaysia.
🔸Retorik Penghujahan🔸
Kerajaan perlu meningkatkan usaha memartabatkan industri batik Malaysia dalam kalangan remaja. Sebagai contoh, kerajaan perlu mempromosikan industri batik melalui kempen yang menarik dan bersifat futuristik. Selain itu, kerajaan perlulah menyokong perkembangan batik pelangi yang menjadi tren para remaja kerana rekaan coraknya yang lebih bergaya.
🌻Kalau rasa panjang sikit, boleh potong contoh-contoh-contoh yang panjang tu. Goodluck and all the best 😉🧡
🌻3Jun2021
Comments
Post a Comment