3 HARI YANG TERTANGGUH 🦊
Baik, harini saya akan pastikan blog ni dah tak berhabuk. Walaupun 42 esei muet lagi menanti, saya memang nekad nak habiskan entry bertangguh malam ni 😅
Masa 15 Jun haritu, kakngah puasa. Umi pulak teman kakngah. Tiba-tiba masa pergi dapur nak minum air, umi pon cakap, "ada buah naga awah, dalam peti tu". Saya jawa okay je, tapi rasa best pula kalau dapat makan yang sejuk-sejuk kan 😋 Jadi bawak keluar, terus potong. Tiba-tiba umi cakap lagi, "kalau buat air buah sedap ni, nok buka boleh wak".
Tapi, tak tahu kenapa, walaupun takde niat nak tolong buat masa mula-mula tu, saya ambik juga pisau, potong satu buah mangga, letak dalam blender.
Baru timbul rasa rajin, blender pulak tak jalan. Rupa-rupanya sebab buah penuh, tak boleh berpusing kalau macam tu 💆♀
Masa tu hanya fikir, sabar sabar sabar. Lepas blend, rasa air tawar. Mood dah rasa down, tambah susu pekat separuh tin, campur susu cair separuh tin. Rasa sekali, tak tahu rasa apa. Rasa dua kali, eh sedap pulak😅
Buat story!
Kiranya tak sia-sialah rajinkan diri. Boleh tambah kemahiran diri. Dulu selalu tengok kakngah je buat air buah macam-macam. Jadi, bolehla slow-slow berjinak buat air buah lepas ni 🤐
Malam tu pula, umi nak buat popia. Tapi nak lipat segi tiga. Macam samosa. Tengok umi buat satu, tak jadi. Dua tak jadi. Saya cuba buat, lagilah tak jadi. 😓
Search kat yt, macam mana nak lipat samosa. Jumpa, cuba buat sekali, menjadi 💡 Happy tu rasa macam dah layak masuk mensa je 😎
Tapi bawah ni gambar ambik masa keesokan paginya, waktu subuh macam tu. Jadi rupanya dah tak menarik, layu je 🍂🍃
Biasalah, ambik gambar lepas subuh otak pon kureng lagi 🧟♀
16 Jun
Petang tu, tahap kemurungan tinggi sikit sebab fikir macam-macam. Jadi umi ajak tengok pokok-pokok. Boleh kasi fresh minda😊
Pokok durian belanda dah ada buah 😁
First time berbuah, jadi excited tu pasti 😚
Ada 3 buah semua sekali ☺
Sebenarnya memang tak berniat nak keluar, tapi umi ajak tolong pegang skrip kakngah untuk assignment chinese. Alang-alang nak tenangkan diri, kena banyak bergaul dengan orang-orang kat sekeliling kita kan? Jadi keluar lah jugak.
Sekaligus, ambik kelas tak berbayar dari umi tentang pokok-pokok, boleh bantu ilmu rumah tangga katanya. Yelah, anak ini sudah 19 tahun 😛
Petang tu, walaupun dah hampir pukul 7 malam, saya masih duduk kat luar rumah. Umi ajak masuk, tapi saya rasa nak duduk luar lama sikit. Nak tenangkan hati macam susah. Banyak perkara kena ambil kira. Kena buang ego, kena tahan malu untuk minta maaf. Kena fikir mana salah saya, supaya saya boleh maafkan orang lain juga 🙁
17 Jun
Pagi tu umi nak buat mihun sup. Tapi rasa nak makan mihun singapore. Jadi haritu boleh mahirkan diri untuk masak mihun lada hitam tu.
Kakngah kata eja mihun tu bihun, atau meehun. Sebab kakngah belajar chinese. Tapi bila google, dua-dua boleh guna, jadi apa salahnya kan 😉
🌻
21 Jun 2020
Comments
Post a Comment