A PHOTO ABOUT YOU AND ME
Ecece, tajuknya😁
Semalam kakngah belek album lama-lama.
Sebab nak update gambar dengan kakak katanya, almaklumlah kembar kakak masa kecik 🙄
Last-last ngah update gambar cukup 4 beradik sekali dengan umi abah. Saya screenshot, tapi tak share kat sini. Sebab takut ada orang tak confident dengan gambar tu.
Sejujurnya saya rasa,
'Gambar-gambar lama masa kecik tak sepatutnya jadi lawa. Patut jadi lawak🤣'
Baru ada bahan nak ketawa bila besar-besar. Ni tak, nak jugak guna istilah
' dah cantik dari kecik tu🙄'
⚠️Ni bukan marah,
cuma share pendapat 😎
Kita membesar, dari kecik, budak-budak. Sangatlah normal bila kita ada
gambar buruk, gambar menangis, baju terlondeh, mulut ternganga, tudung senget, hingus meleleh
ITU NORMAL, ITU KENANGAN!
Para ibu ambik gambar, bukan setakat nak tunggu bila besar, lepastu cakap,
"Wah, anak ibu dah cantik dari kecik. Kembang gedebak hidung ibu, bangga ada anak camtu"
🙂
Tapi gambar-gambar tu salah satu bukti, awak membesar dengan baik. Kita membesar, kita berubah. Umi abah abadikan memori supaya kita tak lupa, umi abah sayang kita dari kecik 😚
Banggakan mereka, bahagiakan mereka 👶
🌻
4 Jun 2020
Comments
Post a Comment