PAGI YANG INDAH DAN MENYEGARKAN

   Saya terbangun pukul 4.10 pagi, dan lepas tu tak boleh sambung tidur. Tapi terlalu mengantuk 😩

   Awal- awal pagi lepas solat subuh terus goreng fries, lapar πŸ˜“ Mungkin sebab selalu makan awal bila bersahur, jadi mudah lapar bila tak puasa, dah jadi habit nak buat macan mana "---"

   Lepas makan umi suruh bersenam, umi nak masak nasi minyak katanya. Kurang-kurnag dah boleh bakar sikit lemak pagi-pagi. Tapi macam biasalah, lepas masuk bilik... pegang handphone... mana nak bersenan nya... -_-

   Tapi sakit kepala tak hilang-hilang. Ingatkan gastrik, tapi habis sejam makan pon tetap macam tu je. Umi pon ajak keluar, jalan-jalan tengok tanaman.

   "Awah, jom ambik gambar tomato dengan lada" πŸ…πŸŒΆ - comel je gaya nak tenangkan sakit kepala kita πŸ˜†

   
Orkid mommy πŸ’œπŸ˜˜

Tomatimun πŸ…πŸ…πŸ…

Pokok lada 🌢🌢🌢


Pokok betik 🧑🧑🧑

Sambil ambik gambar, tengok umi pegang cangkul, cari tempat untuk tanam pokok seterusnya. Sebab kelmarin dah berjaya tanam pokok ceri brazil, umi jadi lebih excited πŸ˜„ Saya ada ambik beberapa video untuk kenangan, dan kakngah pon keluar kejap untuk main dengan eyon 😽 Harini rasa sangat seronok, rasa tak menyesal bangun awal, dan rasa sangat-sangat bersyukur tak tidur lepas subuh 😴

Pokok kari dan ulam raja πŸ‘‘

Saya cuba dapatkan gambar yang terbaik dengan lightning yang elok, tapi biasalah bayang fans banyak sangat 😚

Takpelah, asal rupanya macam mana πŸ˜ͺ

Mungkin bila last-last dah kehabisan bateri tubuh, jadi gambar pon jadi kabur-kabur je 😌

Btw, readers blog ni makin bertambah, thanks sudi baca cerita harian saya yang tak seberapa ini πŸ’Ÿ
Saya tak tahu siapa awak, tapi terima kasih πŸ’ž

Lepas beberapa kali ambil gambar ulam raja dengan pokok kari tu, walaupun tak berapa menjadi, saya perasan dahi jadi berpeluh. Bila masuk dalam rumah, kepala dah tak sakit. 

Mungkin sebab selama ni selalu terperap dalam rumah, jadi tak keluar peluh, badan jadi tak sihat πŸ€’

🌻
8 Jun 2020



Comments

Popular posts from this blog

Nota Ringkas STPM BM 1 (Bahagian 5 - Akhir)

Soalan STPM Sejarah Semester 3

Contoh Wacana Retorik: Pemerian, Pemujukan, Penceritaan, Pendedahan, Penghujahan