PENGALAMAN TANPA AIR 24 JAM

Ni bukan eksperimen ๐Ÿ˜…

   Saya tak ingat bila, tarikh yang tepat. Cuma ingat sebelum puasa, masa awal-awal PKP, umi ajak puasa sebab nak habiskan puasa nazar. Alang-alang duduk kat rumah je, tak buat banyak aktiviti. 

Btw, harini saya officially raya ๐Ÿคซ

   Sebab nak habiskan cepat, puasa straight beberapa hari. Bila berbuka puasa, selalu fokus minum air manis yang sejuk-sejuk. Tapi bila terbiasa, jadi kurang minum air masak. Lagipun biasanya minum air masak banyak-banyak masa sahur, sebab nak elakkan dahaga. 

   Satu hari, masa umi kejutkan sahur, saya cakap saya taknak bangun sahur. Tapi saya tak sedar saya cakap macam tu! Kebetulan malam tu tidur awal, jadi tak minum langsung air masak. Tapi tetap nak teruskan puasa, sebab nak habiskan cepat-cepat. 

   Awal-awal memang dah rasa dahaga. Tapi masa tu okay je lagi, asal tak lapar, teruskan jelah. 

   Masuk pukul 2 petang, badan rasa tak larat. Tak larat sampai tak boleh nak jalan elok-elok. Baring je atas katil. Lepas solat asar pon baring je. Masa tu fikir mungkin sebab tak bersahur kot, biasalah. 

   Tiba masa berbuka, umi tegur muka jadi merah-merah. Umi tanya ada salah pakai produk apa-apa ke, takdelah pulak. Masa berbuka tu pon tak minum air masak. Tapi masa tu tak sedar lagi.

   Ada jugak rasa pelik, kenapa badan masih ras atak larat walaupun lepas berbuka. Bila nak ambik wuduk, baru terfikir! 

   Kalau ikutkan, last minum air masa berbuka kelmarin, berbuka harini baru minum air pulak.

   Dari 7 malam  hingga 7 malam ๐Ÿ˜‚

   Lepas solat maghrib terus minum air masak banyak-banyak. Mandi, basahkan bahagian kepala dan belakang leher. Sebab nak turunkan suhu badan. Walaupun keesokkannya dah  bersahur dan minum air masak banyak-banyak, rasa letih dan tak larat tu masih ada. Dalam 3 hari jugak, baru badan jadi okay. 

   Masa tu dah bayang macam-macam perkara pelik. ๐Ÿ˜… Sambil baring atas katil,  sambil berzikir. Minta Allah ampun dosa, takut. 

๐ŸŒป
5 Jun 2020

Comments

Popular posts from this blog

Nota Ringkas STPM BM 1 (Bahagian 5 - Akhir)

Soalan STPM Sejarah Semester 3

Contoh Wacana Retorik: Pemerian, Pemujukan, Penceritaan, Pendedahan, Penghujahan