PENAT, SANGAT PENAT πŸ‘©‍🌾🌱

Saya berjaya tanam 3 batang pokok hari ni πŸŽ‰


Entry kali ni saya nak tulis hari tu juga, tapi tak larat. Lepas selesai menanam pokok-pokok tu, saya berehat 2 hari berturut-turut. Nak buat apa-apa pon tak larat. Nasib 2 hari lepas sempat buat egg tart dengan pineapple tart tu (nanti kita buat entry lain). 

Sejujurnya rasa sangat malas nak menaip, nak masukkan gambar dah setengah jam sebab line lambat 😌 Dua tiga hari kebelakangan ni cuaca selalu mendung, jadi internet tak laju.

Sehari sebelum tanam pokok ni, umi ajak keluar ambik gamabr pokok tomato dengan.. (tak ingat πŸ˜…) sorry. Lepas tu, umi cakap esok nak tanam pokok, kena tanam pagi-pagi, baru pokok segar. Sebab masa tu dah pukul 12 lebih, macam sekarang. 

Jadi keesokkan nya, saya bangub awal pagi sebab nak bersiap untuk tanam pokok. Pukul 4.15 pagi! Sungguh-sungguh tahan mata sebab takut tertidur. 

Lepas tanam ni, bahu rasa macam nak patah! Sehari lebih lengan rasa lenguh lain macam. Mungkin sebab tak biasa buat kerja berat ni πŸ˜“
Kena lebih rajin lah lepas ni 😎


Ni pemandangan lepas selesai tanam pokok tu. Saya berkenan tengok awan tu lawa 😍🀀
Tapi dalam gambar tak nampak mana, maklumlah kamera tak boleh lawan mata. 


Proses tanam pokok mengikut gambar ni macam terbalik sikit, sebab guna kamera biasa dan kamera instagram. Satu lagi sebab lambat, jadi dah kurang rajin nak tukar-tukar. 

Mula-mula kita gali lubang ya kawan-kawan 😘


Ni pokok pertama yang berjaya ditanam. Pokok kelapa, cantik! 🌴


Yang warna hitam sikit tu baja, umi kata 'tahi kambing'. Mungkin lah kot 😁

Panjang cangkul tu tak nampak, tapi tu cangkul pendek sebenarnya. 
Cangkul panjang berat, tapi cangkul pendek lambat jadi kerjanya.. Dilema πŸ˜“


Cangkul panjang tu umi pinjam ayah long punya, tq! 


Ni hasil pokok ketiga, lepas selesai tu rasa nak menangis pon ada 😒


Pokok ketiga. Cangkul. Baja 🐏


Yang ni tanam bahagian depan, selari dengan garaj. 


Pokok ni jadi jiran pokok durian belanda 🌱

Di bawah ni antara proses-prosesnya untuk tanam pokok kelapa, ni pokok kelapa yang pertanam. 
Yang bawah ni ikut turutan πŸ˜‰

#1

#2

#3

#4

#5

Ni gambar sebelum kambus dengan tanah. 

Ni pokok ceri brazil. Baru je umi beli. Pokok ni yang kedua tanam. 

Sebelum pergi menanam tu sempat lagi umi masak lempeng. Umi kata lempeng masak sendiri je, sedah dan jimat. 

Rahsia umi nak lempeng lagi sedap, tambah nestum. Umi kata lagi lembut dan manis dia macam sekata. Sesuai lah kalau tak suka manis. Kalau suka manis makan lah dengan susu. 


Adik makan 6 keling lempeng ni. Sedap πŸ₯¨
Saya tak sempat makan, sebab pagi tu dah makan mee oden banyak sangat.

🌻
9 Jun 2020

Comments

Popular posts from this blog

Nota Ringkas STPM BM 1 (Bahagian 5 - Akhir)

Soalan STPM Sejarah Semester 3

Contoh Wacana Retorik: Pemerian, Pemujukan, Penceritaan, Pendedahan, Penghujahan