18 JUN BIRTHDAY UMI

Rasanya baru semalam, dengar umi kata, umi dah 40 tahun. Tapi haritu, saya sedar umi dah 47 tahun. Sejak 2016, saya tengok wajah umi hampir setiap hari. Rasanya, bila miss pon masa pergi kem, itu pon kalau kira-kira tak sampai 20 hari. 


Bila tengok hari-hari, tak sedar saya makin besar. Wajah umi makin hari makin menua. Saya jadi sedih, saya cuma harap saya boleh tengok wajah tu sampai umi umur seratus mungkin 😊 Saya nak tengok semua rambut umi jadi putih, saya nak ada dengan umi masa umi pergi umrah dan haji, saya nak ada dengan umi masa umi pencen, saya nak umi peluk anak-anak yang saya bakal lahirkan. Hari tu, 18 Jun, hari saya jadi sangat emosional. 

2016 - abah masih ada untuk sambut dengan umi
2018 - kitaorang pergi kelantan, saya nak buat kejutan pergi beli perfume, tapi last-last sesat dalam mall πŸ˜…
2020 - kami semua dapat berkumpul, walaupun tak dapat sediakan yang mewah, tapi kakak dengan adik tidur lewat untuk ucap happy birthday pada umi, kakngah buat kek, beli set kitchen yang umi nak, dan saya hanya mampu lukis gambar umi, tapi saya buat tanpa kedutan, sebab saya nak umi tahu, umi sentiasa muda dan cantik dalam memori saya πŸ˜‰ #ayatberbunga 

Btw, umi letak atas almari depan bilik umi. Saya harap umi tengok hari-hari, supaya umi boleh doakan kualiti lukisan saya semakin membaik hari ke hari ☺

Guna gambar yang kitaorang selfie masa petang ambik video kakngah 😎



Mula-mula ingat nak buat guna water colour, mungkin lagi cantik. Tapi tangan keras lagi, tak boleh kawal berus elok-elok, jadi saya guna pensil jelah. Yang bawah ni percubaan-percubaan yang tak berapa nak menjadi πŸ˜…
Saya buat masa 15 Jun, tapi yang lukis masa pagi hari jadi umi juga yang boleh guna
Yang ni percubaan pertama, masa mula-mula saya tunjuk pada umi, semua ketawa. Saya dah buat yang elok masa tu, tapi saja tunjuk yang ni, nak tengok apa reaksi umi πŸ˜…





Edit untuk buat story

Ni gambar umi ambik, atau kakak tolong ambikkan tapi guna telefon umi πŸ€”

Umi buat status, umi nampak selalh bangga dengan hasil kerja anak-anaknya, tapi saya yang selalu rasa rendah diri sebab kemahiran ni orang ramai tak pandang πŸ™‚

Saya simpan komen hasinah sebab nak buat penguat semangat, mungkin ada waktu saya lupa yang masih ada orang yang hargai hasil kerja saya πŸ’ͺ

Walaupun muhaini tak komen apa-apa, tapi saya tetap simpan untuk jadikan penguat semangat 😚

Ucapan kakngah untuk umi 😍

Ucapan kakak 😍

Gambar-gambar kek yang kakngah buat 😍






Gambar-gambar dengan umi semua tak tutup aurat, jadi tak boleh letak sini πŸ˜… Umi je yang pakai cantik-cantik jubah dengan tudung πŸ˜…

Btw, saya ada ambik gambar adik dengan umi. Tapi tak biasa pegang telefon iphone, jadi dapat 3 keping je. Gambar-gambar tu pula semua tak berapa menjadi, muka semua jadi pelik-pelik. Tapi adik tak marah, cuma awah tulis kat sini sebab awah nak ingatkan diri supaya belajar ambik gambar lebih baik lepas ni, supaya dapat ambik lebih banyak gambar kenangan yang berkualiti πŸ’“

Semoga kita semua ada waktu yang berkualiti yang banyak dengan orang-orang kita sayang 😊

🌻
21 Jun 2020







 

Comments

Popular posts from this blog

Nota Ringkas STPM BM 1 (Bahagian 5 - Akhir)

Soalan STPM Sejarah Semester 3

Contoh Wacana Retorik: Pemerian, Pemujukan, Penceritaan, Pendedahan, Penghujahan