Posts

Showing posts from June, 2020

CUTI SELEPAS CUTI 🌻

Image
Harini 26 Jun 2020 Takde perkara baru yang menarik setakat ni Sekolah dah mula 2 hari lepas Dan kerja sekolah masih terlalu banyak Lepas buat satu, cikgu tegur salah Buat sekali lagi, rasa nak kemas πŸ™„ Saya check gambar-gambar baru  Kalau-kalau ada cerita yang boleh dikongsi Tapi semua gambar tentang homework, graf, jadual, lukisan, kucing, stalk orang tidur sebab nak usik πŸ˜… Tapi semalam saya terbuat satu status ynag tak sepatutnya  Mungkin sebab teremosi  Kebetulan bateri telefon dah nak habis Jadi pergi dapur, makan Terluah pulak pada umi Umi kejap senyum, kejap sengih Masa umi tengok saya menangis Umi datang peluk Umi cakap yang Allah dah tentukan takdir yang terbaik untuk kita Allah ada cerita yang Allah dah buat cantik-cantik untuk hambanya Umi dulu tak pernah fikir akan jumpa abah Umi suka  Sebab abah selalu hargai masakan umi Abah kelakar Abah yang macam-macam tahu je anak abah nak makan apa Abah yang umi tak pernah bayang umi akan jumpa dan kahwin Tapi masa tu mata umi dah sam

HARI INI TETAP HARI BAPA, WALAUPUN TANPA BAPA DI SINI πŸ€΄πŸ‘Έ

Image
Umi bagi bunga ni, seronok umi petik sebab katanya cantik πŸ˜‚ layu dah bila masuk rumah πŸ˜„ Harini hari bapa, tapi abah dah tiada. Nak ucap pada abah, saya taknak nampak macam orang tak boleh move on lagi, selalu buat status sedih-sedih. Jadi baik tak perlu buat apa-apa untuk tahun ni, kakak pon kata usaha kita untuk pulihkan hati ambik masa.  Semalam dah pergi rumah kawan umi, tapi harini pergi lagi sebab nak ambik baju. Tiba-tiba nampak pokok lidah mertua viral yang RM15 jadi RM150 tu, terus minta anak pokok. Ingatkan nak minta murah, takkan nak beli sampai beratus, rupa-rupanya dapat free πŸ˜… Nak satu je, tapi kawan umi bagi banyak pulak. Excited umi sampai rumah terus nak tanam. Umi kata, suka tengok orang menanam, tapi kita kurang rajin. Jadi, kenalah mulakan slow-slow.  Kebetulan pulak harini umi dengan kakak free, kitaorang pon keluar. Umm kakak, awah dengan umi. Adik letih lagi sebab teman kakak ambik barang dekat kl, kakngah ada kelas.  Dalam kereta, antara 3 orang. Umi paling ba

18 JUN BIRTHDAY UMI

Image
Rasanya baru semalam, dengar umi kata, umi dah 40 tahun. Tapi haritu, saya sedar umi dah 47 tahun. Sejak 2016, saya tengok wajah umi hampir setiap hari. Rasanya, bila miss pon masa pergi kem, itu pon kalau kira-kira tak sampai 20 hari.  Bila tengok hari-hari, tak sedar saya makin besar. Wajah umi makin hari makin menua. Saya jadi sedih, saya cuma harap saya boleh tengok wajah tu sampai umi umur seratus mungkin 😊 Saya nak tengok semua rambut umi jadi putih, saya nak ada dengan umi masa umi pergi umrah dan haji, saya nak ada dengan umi masa umi pencen, saya nak umi peluk anak-anak yang saya bakal lahirkan. Hari tu, 18 Jun, hari saya jadi sangat emosional.  2016 - abah masih ada untuk sambut dengan umi 2018 - kitaorang pergi kelantan, saya nak buat kejutan pergi beli perfume, tapi last-last sesat dalam mall πŸ˜… 2020 - kami semua dapat berkumpul, walaupun tak dapat sediakan yang mewah, tapi kakak dengan adik tidur lewat untuk ucap happy birthday pada umi, kakngah buat kek, beli set kitchen

3 HARI YANG TERTANGGUH 🦊

Image
Baik, harini saya akan pastikan blog ni dah tak berhabuk. Walaupun 42 esei muet lagi menanti, saya memang nekad nak habiskan entry bertangguh malam ni πŸ˜… Masa 15 Jun haritu, kakngah puasa. Umi pulak teman kakngah. Tiba-tiba masa pergi dapur nak minum air, umi pon cakap, "ada buah naga awah, dalam peti tu" . Saya jawa okay je, tapi rasa best pula kalau dapat makan yang sejuk-sejuk kan πŸ˜‹ Jadi bawak keluar, terus potong. Tiba-tiba umi cakap lagi, "kalau buat air buah sedap ni, nok buka boleh wak".  Tapi, tak tahu kenapa, walaupun takde niat nak tolong buat masa mula-mula tu, saya ambik juga pisau, potong satu buah mangga, letak dalam blender.  Baru timbul rasa rajin, blender pulak tak jalan. Rupa-rupanya sebab buah penuh, tak boleh berpusing kalau macam tu πŸ’†‍♀ Masa tu hanya fikir, sabar sabar sabar. Lepas blend, rasa air tawar. Mood dah rasa down, tambah susu pekat separuh tin, campur susu cair separuh tin. Rasa sekali, tak tahu rasa apa. Rasa dua kali, eh sedap pula