Posts

Showing posts from 2020

Review Lazada : Sejadah Baldu Hadiah Bertunang

Image
 Ceritanya sepupu syarah nak bertunang! Tapi confident glerr tulis blog bagai nak bagi hadiah. Alaa takpe, dia jenis tak suka bersosial dengan family sendiri dalam media sosial, sebab dia cakap boleh bersosial depan-depan. Yelah tu 😐 (fun fact, add friend kat Facebook masa darjah tiga means umur 9 tahun, sampai umur 19 tahun haritu tertengok balik still ada friend request tu tak berbalas🤐 bertuah punya sepupu 😒) Umur dia sekarang dah 26 tahun, rasa excited gila sebab terfikir dulu, bila lah dia nak kahwin, nak main baby, bosan tunggu kakak-kakak yang masih muda tu... Uupss Rasanya jarang kut orang prepare hadiah bertunang, tapi dia cakap nak kahwin mungkin bulan Mac atau Jun.. Mak ai lamanya 😅 hilang nanti excited na bagi hadiah tu, kiranya nak kahwin nanti syarah perah otak sekali lagi lah okyss?  Secara keseluruhan, rupa dia camni, (tak tahulah camne gambar ni jadi kabur pulak, tapi boleh tengoklah design dia lawa sebenarnya) Mula-mula tengok dalam Lazada tu memang tak berkenan,

Sarapan : Sayur Lemak Labu, Daging Harimau Menangis, Ayam Masak Kicap

Image
 Sarapan pukul 10.54 pagi? Huh, can also 😁💁‍♀✌ Harini umi masak tiga lauk utama, kira macam sarapan sekali dengan makan tengah harilah. Lauknya adalah..  Daging harimau menangis, alaa ramai sangat craving yang version mama Neelofa tu, tapi harga dia hm.. paham-paham jelah..  Review dari kawan umi cakap memang sedap, tapi sebungkus padan makan dua orang je, tu pun cukup-cukup makan. Jadi umi cari resepi and buat sendiri. Serius sedap, makan sampai bertambah-tambah. Kekurangan dia adalah tak boleh makan saje-saje. Kalau makan tanpa nasi jadi rasa dia lain, camne nak cakap eh? Alaa ikan goreng masak kunyit pun best makan dengan nasi putih panas je, kalau makan saje-saje jadi terlebih masin la, terlebih lemak la, ada bau hanyir laa.. (macam tu lah perumpamaannya okyss)  Menu kedua! Syarah minta umi masakkan, sebab rasa lama tak makan. Tak terfikir pun sebenarnya. Tapi bila pergi pasar tani, tengok labu lepastu rasa teringat-ingat masakan ni. Tak tahu pun nama sebenar, tapi cakap kat umi,

Challenge : Madu (Day1 & Day2)

 Jadi syarah decided untuk makan or minum madu setiap hari, sekurang-kurangnya pagi selepas bangun tidur (perut masih kosong bersama air suam) dan malam sebelum tidur (bersama air suam). Rancangnga nak buat challenge ni 30 hari dan nak tengok kesannya macam mana nanti.  Hari pertama 28 Desember 2020, bermula pagi. Bersin jadi agak teruk (normal memang teruk, sebab sensitif suhu pagi yang sejuk), tapi beransur ke tengah hari resdung jadi lebih lega. Tak bersin, cuma bila kurang air hidung selsema (still normal).  Bila malam pulak, minum madu sebelum tidur. Dalam setengah jam berehat, rasa sakit kepala tiba-tiba. Macam masuk angin. Kat bahagian pelipis. Jadi syarah urut sendiri, asal lega. Sakit tu macam sakit masa gastrik, cuma kes kelmarin bukan gastrik. Sebab memang cukup makan. Then malam tu tidur rasa lebih selesa. Bila bangun pagi, rasa lebih segar. Dan paling bahagia, bila semalam takde terjaga sampai dua tiga kali tengah-tengah malam. Stress jugak bila tak cukup tidur. Tapi semal

Harini Birthday Ngah, Dan Awah Mimpi Abah

 Dalam mimpi tu, semua orang macam tengah relaks dan bersantai. Pastu umi ajak makan, banyak hidangan atas meja.  Awah terkenan tengok ayam penyek. Nampak sedap. Jadi awah duduk kat satu kerusi, baru awah nak makan, tiba-tiba abah mari. Abah duduk sebelah awah. Kat tempat duduk abah ada pinggan lain. Pinggan yang lebih besar. Ada banyak ayam dalam tu. Sekali dengan sosej. Semua nampak sedap.  Abah tanya, "Yang sape ni?", sambil angjat pinggan tu. Umi jawab yang umi. Jadi abah nampak happy sangat. Abah makan dengan gembira.  Awah minta abah cium awah. Abah cium kepala awah. Banyak kali. Awah kabo nak ambik gambar Awah nak abadikan memori tu. Sebab awah lama dah x jumpa abah. Abah okay je. Abah siap senyum lagi. Awah ambik henset. Buka kamera nak ambik gambar, jadi hang. Buka nak ambik video, skrin jadi biru balam-balam. Macam dokle nak rakam abah. Tapi abah senyum je, abah cium lagi kepala awah. Last awah ingat, abah peluk awah. Kemudian umi kejutkan dari tidur.  Abah, awah ha

Kepala terasa ringan 😎

Image
  Akhirnya selesai 😆 Tak tahulah kenapa harini ter-rajin sikit nak buat blog banyak-banyak! Tapi, alang-alang dah rasa rajin tu, kita tulis jelah 🤭 Apa perasaan lepas hantar kerja kursus?  Nak menangis? Adalah sikit, tapi lebih kepada lega. Lepas hantar dua-dua KK (Sejarah & Pengajian Am), rasa macam lapang hati. Kepala rasa ringan je, nak senyum je, macam di awan-awangan, ecece. ^o^ Sebenarnya, tak terasa nak hantar lagi, walaupun dah siap tapi malas nak print, isi borang, susun kertas lagi. Jadi lepas siap tu biar je bertangguh 2/3 minggu. Nak belek balik rasa malas, baik tengok cerita (astaghfirullah syarah ~_~) Tapi kelmarin, Cg Sejarah buat semakan kerja kursus. Lepas tu, baru terdetik hati nak tengok kalendar, rupa-rupanya ni minggu akhir hantar kk sebelum tarikh tamat. Tiba-tiba rasa gelabah. Balik sekolah, sepetang mengadap laptop, siapkan print, isi semua detail-detail tu siap susun, tinggal nak masukkan relung je. Mungkin memang sejenis suka tangguh kerja, bahaya juga b

Skincare Journey 🤭🛍

 Pukul 3.24 pagi. Hmmm.  Takpelah dah terbangun masa ni, apa salahnya buat blog sekeping dua 😙 Tak tahu kenapa, tapi sekarang, bila ingat abah, lebih banyak ingat nasihat-nasihat abah dulu. Sebenarnya lagi baik daripada ingat abah, pastu jadi sedih sedih, tak elok untuk emosi. Hidup tetap kita kena teruskan, dan alangkah baiknya kalau memori yang kita simpan adalah perkara-perkara yang menggembirakan <3 Semalam teringat masa naik frontier dengan abah berdua. Lepas tu cerita kat abah pasal produk-produk muka yang awah guna. Masa tu zaman pakai Safi lagi. Memang dari kecik jenis suka skin care, suka ambil tahu, dan kalau nak pakai satu-satu produk tu mesti nak pakai set lengkap. Terpengaruh dengan ayat 'lebih berkesan' atau 'untuk kesan yang lebih maksimum, gunalah bersama... '. Tapi masa tu baru darjah. Kecik lagi, sekolah rendah. Start terpengaruh pakai Safi sebab tengok kakak kakngah yang lagi tua 4/5 tahun mula pakai pencuci muka. Darjah 4 mulalah nak pakai pencuc

AWAH MASIH INGAT ABAH, AWAH AKAN SENTIASA INGAT ABAH

Image
2 hari lepas (12 Oktober 2020), hari isnin, kami ziarah kubur abah. Ni kali pertama awah pergi lepas kakngah tukar batu nisan yang baru. Cantik 😊 Semoga abah pon tenang di sana.  Dah empat tahun, sejak abah pergi. 13 Oktober 2016 dan sehingga kini, takde satu hari awah lupa abah. Setiap hari awah buka mata, teringat abah dah takde. Awah bangun dari katil, solat, makan, awah tetap buat perkara yang sama macan abah ada dulu. Tapi bila awah ingat abah, mesti rasa sedih, sebab tak tahu bila kita aka bertemu.  Awah rindu. Tapi awah tahu, persediaan awah untuk ke sana belum cukup. Awah nak bila awah pergi, amalan awah layak berada di bersama abah dan keluarga kita di tempat yang terbaik, inshaaAllah amin 💝 Semoga kita bertemu lagi di sana 🌻 14Okt2020  

BUKU YANG TIDAK DIMAKAN ANAI-ANAI

Image
  Memang takjub, sebab tak sangka boleh tengok keajaiban Allah yang satu ni. Selalu dengar ceramah, baca cerita-cerita tentang keajaiban Allah, tapi sangat jarang berlaku pada diri sendiri.  Walaupun ni bukan pengalaman sendiri, hanya pengalaman kakngah, tapi kita boleh ambil iktibar. Hari Jumaat minggu lepas, kakngah dengan umi pergi Melaka, sebab nak ambil barang kat rumah sewa. Biasanya buku yang kita jarang guna, normallah letak dalam kotak. Tapi sebab dah lama tak duduk (sebab PKP), jadi penuh anai-anai.  Tapi bila belek-belek, ada satu buku yang terselamat. Sangat pelik. Tapi tu semua kuasa Allah. Buku tu buku agama, jadi kita boleh agak sebabnya. Banyak ayat-ayat Alquran dalam tu. Allah nak tunjuk, Allah masih selamatkan ayat-ayat Alquran untuk diamalkan oleh hamba-hambanya.  Sebenarnya ada satu perkara yang terdetik kat hati masa tengok gambar tu, ilmu yang kita catat dan rujuk selama ni, sekejap je Allah boleh tarik. Mungkin sebab tu orang kata "Ilmu perlu ada di dada, d

MAKAN SUSHI KING PUAS-PUAS 😋

 Good morning!  Tak tau nak tulis macam mana, tapi rasa nak abadikan memori semalam 😊 Sebenarnya dah rancang 2 minggu nak pergi makan Sushi King sama-sama, tapi biasanya awah dengan adik selalu ada kelas malam atau petang. Tangguh punya tangguh, dapat la pergi hari khamis last day pon.  Takdelah banyak mana kitaorang makan, tapi rasa happy sebab umi kata makan puas-puas kali ni. Walaupun masa umi kata dah kenyang, tapi kepala umi masih jenguk-jenguk.  Bila tanya umi nak yang mana, umi jawab takde pon. Tiba-tiba bila sampai udang terus umi ambik. Muka umi cerah je masa tu. Sebab dalam banyak-banyak sushi yang makan, yang tu je umi rasa boleh makan. Yang lain banyak ikan, sayur dengan telur. Ingatkan umi nak ambik satu, tapi 5 rupanya. Umi cakap nak anak umi makan puas-puas, sepinggan sorang. Padahal yang lain semua dah kenyang mada tu.  Masa duduk dalam tu, kebanyakannya Chinese. Rupanya diorang buat macam reunion. Diorang makan sampai RM300+ 😂 memang puas hati lah, sebab ramai. Lebih

PERASAAN LEPAS HANTAR KERJA KURSUS

 Okay, tarik nafas dulu. ^_^ Bayangkan. Kipas stand semeter setengah dari muka. Tingkap yang umi suruh tutup setengah jam tadi, masih elok terbuka. Anginnya masuk. Heee Minum teh panas, bila campur air sejuk jadi suam-suam je. Buat semua tu, sambil dengar lagu Nightcore Pura-pura Lupa (English Version) Sangat best. Serius. Dan sekarang, saya taip semua ni sambil tersenyum. Kelmarin, MUET speaking test dah selesai, alhamdulillah. Sebelum balik, sempat hantar kerja kursus Pengajian Am, tinggal cikgu check dan nak hantar borang temu bual dengan bibliografi. Harini, petang ni. Mungkin 15 minit sebelum saya taip kat draft blog ni, satu lagi kerja selesai. Proposal Seni Visual ^_^ Jujurnya masih banyak homework belum siap, 9 latihan graf, dengan modul Sejarah, tapi sekurang-kurangnya beban-beban yang besar kat kepala ni dah makin berkurang. Alang-alang dah azan Maghrib, jadi kena tutup tingkap dulu. Bye. (sticker 'sunflower' takfe kali ni sebab taip guna laptop) 7: 10 p.m. 20200923

Makanan Orang Sakit Masa Sakit

Image
 Assalamualaikum  Dah lama tak update blog, jadi hilang kata nak tulis apa. Rasa kekok pon ada... Dijadikan cerita, nok geroh kata Cikgu N, masa balik sekolah hari khamis, boleh pulak terjatuh masa turun tangga 😌 Elok aje nak sampai tangga terakhir, tiba-tiba kaki tak jejak tanah. Sekelip mata je kaki kanan rasa terlipat kat bahagian buku lali. Sakit, sangat sakit. Tapi rasa malu pon ada, sebab perasan ada beberapa orang pelajar dengan cikgu ada kat situ.  Sebenarnya ada rasa terkejut, dan terharu. Dua orang cikgu mari tolong, seorang tolong saya bangun, dan seorang lagi tolong kemas bekas dengan beg yang terjatuh. Langsung tak nampak gaya sombong, jauh cikgu nak marah atau sindir.  Sebelum ni dah banyak kali terjatuh, tapi masa tu takde orang. Kalau kat dua sekolah sebelum ni, masa jatuh, jarang orang tolong. Biasa orang terkejut, dan ketawa. Pernah sekali, Cikgu B tolong, sekali dengan anak cikgu, AQ dan N. Terharu sampai tak boleh kata apa-apa.  Masa adik sampai, adik tolong angkat

KISAH TULANG YANG DILUPAKAN

Image
Masa saya sedap dan tenang je berehat, saya dengar cerita yang tak best.  "Umi, harini ada orang patah tulang, tulang siku" "kakak, jangan cerita lah ke umi, umi geli" "dok geli pon umi, tulang siku tu macam tulang ayam je, kakak ada ambik gambar, umi nak tengok?" "takmboh kak" Boleh kakak samakan tulang siku tu macam tulang ayam 🤮 Tapi walaupun kakak tak hantar dalam group, boleh pulak dia ambik gambar letak kat status wasap 😖   Walaupun saya rasa loya nak ss story kakak, tapi gambar ni rare lah kiranya. Jarang kota boleh ambik gambar tulang-tulang dengan handphone sendiri ◐.̃◐ Setakat tu jelah cerita harini, sekian babai 🌻 25 Julai 2020 Btw, esok 26 Julai birthday saya 💜💛🧡

Trial STPM 2020 #melamun

Image
Harini 12 July 2020 Hari pertama trial stpm untuk semester 2 🤕 Lawaknya, saya baru tahu harini ada peperiksaan hari Rabu minggu lepas -_- logik tak agak-agaknya?  Sebab sebelum ni, masa cikgu umum, selalu ingat "ooh lambat lagi" "ooh, tinggal 2 minggu lagi" "ooh minggu depan la start membaca" Akibat tak peka dengan tarikh, aisyyy Masa exam pengajiam am harini, 10 minit pertama, kerja saya cuma melamun "cantik jugak pemandangan luar sekolah" "kenapa pekerja tu bawak kotak sorang-sorang?" "comelnya burung tu main kejar-kejar" (´ε`) Ke'blur'an pada ketika itu sememangnya jelas (•ω•) Lepas tarik nafas panjang-panjang, baru terfikir nak buka balik kertas.  Sebenarnya dah tengok awal-awal masa dapat kertas, excited sebab study sungguh-sungguh pagi tadi, tiba masa buka kertas,  'belek kertas satu-satu' "kenapa yang aku baca semalam tak keluar?" "kenapa soalan esei takde pasal rukun negara?" "

bersihkan habuk 🦄

Setelah sekian lama (seminggu), akhirnya blog ini kembali dikunjungi :') Saya dah check imej atau album phone, tapi semua gambar kertas-kerjasekolah-kerjakursus plus papan putih #takmenarik😴 Jadi disebabkan tiada gambar untuk dikongsi, saya hanya taip jelah. Jumaat - pulun anime dengan adik dan kakak Sabtu - pulun kerja kursus, tak sedar perut kelaparan, jadi saya gastrik dan demam Ahad - keesokan harinya saya tak pergi sekolah, memang tak boleh bangun, tapi orang ingat tipu  -_- (ingat sedap ke sakit)  Isnin - pergi sekolah, tapi seharian orang usik sebab tak mari sekolah, yelah orang tak tahu maksud sakit tu apa 😌 Selasa - homework-sekolah Rabu - another homework-sekolah Khamis - kktc! 😆 #kasutbaruwarnamaroon 😛 Sekian terima kasih!  Tapi dalam tempoh seminggu tu saya ada jumpa kata-kata,  "saya tak pernah menyesal,  kalau diberi peluang untuk memilih,  saya takkan ubah walaupun satu perbuatan" Bagi saya, hanya orang yang betul-betul kuat iman akan cakap macam ni, se

CUTI SELEPAS CUTI 🌻

Image
Harini 26 Jun 2020 Takde perkara baru yang menarik setakat ni Sekolah dah mula 2 hari lepas Dan kerja sekolah masih terlalu banyak Lepas buat satu, cikgu tegur salah Buat sekali lagi, rasa nak kemas 🙄 Saya check gambar-gambar baru  Kalau-kalau ada cerita yang boleh dikongsi Tapi semua gambar tentang homework, graf, jadual, lukisan, kucing, stalk orang tidur sebab nak usik 😅 Tapi semalam saya terbuat satu status ynag tak sepatutnya  Mungkin sebab teremosi  Kebetulan bateri telefon dah nak habis Jadi pergi dapur, makan Terluah pulak pada umi Umi kejap senyum, kejap sengih Masa umi tengok saya menangis Umi datang peluk Umi cakap yang Allah dah tentukan takdir yang terbaik untuk kita Allah ada cerita yang Allah dah buat cantik-cantik untuk hambanya Umi dulu tak pernah fikir akan jumpa abah Umi suka  Sebab abah selalu hargai masakan umi Abah kelakar Abah yang macam-macam tahu je anak abah nak makan apa Abah yang umi tak pernah bayang umi akan jumpa dan kahwin Tapi masa tu mata umi dah sam

HARI INI TETAP HARI BAPA, WALAUPUN TANPA BAPA DI SINI 🤴👸

Image
Umi bagi bunga ni, seronok umi petik sebab katanya cantik 😂 layu dah bila masuk rumah 😄 Harini hari bapa, tapi abah dah tiada. Nak ucap pada abah, saya taknak nampak macam orang tak boleh move on lagi, selalu buat status sedih-sedih. Jadi baik tak perlu buat apa-apa untuk tahun ni, kakak pon kata usaha kita untuk pulihkan hati ambik masa.  Semalam dah pergi rumah kawan umi, tapi harini pergi lagi sebab nak ambik baju. Tiba-tiba nampak pokok lidah mertua viral yang RM15 jadi RM150 tu, terus minta anak pokok. Ingatkan nak minta murah, takkan nak beli sampai beratus, rupa-rupanya dapat free 😅 Nak satu je, tapi kawan umi bagi banyak pulak. Excited umi sampai rumah terus nak tanam. Umi kata, suka tengok orang menanam, tapi kita kurang rajin. Jadi, kenalah mulakan slow-slow.  Kebetulan pulak harini umi dengan kakak free, kitaorang pon keluar. Umm kakak, awah dengan umi. Adik letih lagi sebab teman kakak ambik barang dekat kl, kakngah ada kelas.  Dalam kereta, antara 3 orang. Umi paling ba

18 JUN BIRTHDAY UMI

Image
Rasanya baru semalam, dengar umi kata, umi dah 40 tahun. Tapi haritu, saya sedar umi dah 47 tahun. Sejak 2016, saya tengok wajah umi hampir setiap hari. Rasanya, bila miss pon masa pergi kem, itu pon kalau kira-kira tak sampai 20 hari.  Bila tengok hari-hari, tak sedar saya makin besar. Wajah umi makin hari makin menua. Saya jadi sedih, saya cuma harap saya boleh tengok wajah tu sampai umi umur seratus mungkin 😊 Saya nak tengok semua rambut umi jadi putih, saya nak ada dengan umi masa umi pergi umrah dan haji, saya nak ada dengan umi masa umi pencen, saya nak umi peluk anak-anak yang saya bakal lahirkan. Hari tu, 18 Jun, hari saya jadi sangat emosional.  2016 - abah masih ada untuk sambut dengan umi 2018 - kitaorang pergi kelantan, saya nak buat kejutan pergi beli perfume, tapi last-last sesat dalam mall 😅 2020 - kami semua dapat berkumpul, walaupun tak dapat sediakan yang mewah, tapi kakak dengan adik tidur lewat untuk ucap happy birthday pada umi, kakngah buat kek, beli set kitchen