Review Lazada : Sejadah Baldu Hadiah Bertunang

 Ceritanya sepupu syarah nak bertunang! Tapi confident glerr tulis blog bagai nak bagi hadiah. Alaa takpe, dia jenis tak suka bersosial dengan family sendiri dalam media sosial, sebab dia cakap boleh bersosial depan-depan. Yelah tu 😐 (fun fact, add friend kat Facebook masa darjah tiga means umur 9 tahun, sampai umur 19 tahun haritu tertengok balik still ada friend request tu tak berbalas🤐 bertuah punya sepupu 😒)

Umur dia sekarang dah 26 tahun, rasa excited gila sebab terfikir dulu, bila lah dia nak kahwin, nak main baby, bosan tunggu kakak-kakak yang masih muda tu... Uupss

Rasanya jarang kut orang prepare hadiah bertunang, tapi dia cakap nak kahwin mungkin bulan Mac atau Jun.. Mak ai lamanya 😅 hilang nanti excited na bagi hadiah tu, kiranya nak kahwin nanti syarah perah otak sekali lagi lah okyss? 

Secara keseluruhan, rupa dia camni, (tak tahulah camne gambar ni jadi kabur pulak, tapi boleh tengoklah design dia lawa sebenarnya)
Mula-mula tengok dalam Lazada tu memang tak berkenan, nampak macam serabut, banyak-banyak colour kan, totally not my taste la. Tapi mungkin sebab photograper tu tak pandai ambik gambar kot 😅😛 nasib bila sampai pada pelanggan lawa sesangat, puas hati 👍

Katakan hadiah bertunang untuk mempelai, jadi kita tryla ambik gambar berdua macam ni😆 tahu dek si sepupu malu besar rasanya, dia yang nak bertunang, orang lain duk excited 😅

Ni pulak gambar lebih senget, sisi lainlah. Alaa macam aku pulak promoter nya, walaupun tak pandai mana ambik gambar, tapi barang dah cantik, jadi kita tolong pomot lah kasi laku keras, inshaaAllah ameen

Gambar material dari jarak lebih dekat, tak tahulah bole nampak jelas tak dalam gambar ni. Tapi syarah dah cuba yang terbaik okys
Material dia takdelah baldu gebu yang pijak kaki sampai tenggelam tu, penipu sangat klaau sejadah nak solat macam tu. Nanti bukan solat, tapi letak kepala sebab nak tido yetak? 😪😪
Tapi seller tulis gebu, memang gebu lah. Nak tahu macam mana sila bei lah ✌

Zoom sikit bahagian yang lawa tu, cantik kan? 

Ni dari sisi tepinya, saja puaskan hati sendiri ambik gambar banyak-banyak. Nantibnak delete gambar pun tak terasa dah hehe

Okay, gambar ni nampak lebih jelas ye tak? Pusing la handphone ni 180 darjah ke 90 darjah nak tengok macam mana rupa dari pelbagai sisi,mlaas jugak sebenarnya nak layan kerenah diri sendiri 😒 

Yang ni part paling genting sebenarnya. Korang boleh nampak kan kalau kelim tepi ni macam langsir, sekali budak kecik rentap.. ZAPPP!! Menangis tuan sejadah kat situ, tapi takpelah, tu bukan salah syarah dah 😛

Sila agak-agaklah panjang di camne eh? 

See? Material dia shining. Serius bagitau ni 😁

Ni bahagian belakang, fabrik anti-slip atau non-slip tu. Kira tak licinlah. Ramai rasanya suka yag macam ni. Tapi syarah tak kisah mana pun. Cuma best nya bila fabrik macam ni susah sket air nak serap kalau tumpah kan? Bijak jugak pilihan ni hehe

Ni lebih dari atas. Kan dah tulis tafi, penat layan kehendak diri ni 💁‍♀

Harga dia termasuk postage macam yang tertulis di bahagian atas tu. Yang cancelled tu sebab silap masuk cara pembayaran, tapi tak tarik lagi duit tu. Berbaloilah nak beli ke diri sendiri pun. Nak bagi hadiah kat mak pun confirm mak happy (tu pon kalau mak korang sporting, kalau yang tak suka membazir tu pandailah pujuk ya?)

Oh ya, tips dari Mira Filzah haritu, masa sebelum bertunang, husband dia sekarang bagi sejadah sebab nak pikat kan. MF cakap jangan bagi mende pelik-pelik kat perempuan, nanti pelik jugak pandangan perempuan tu kat laki tu.. Hmm.. Yelah kut, malas lagi fikir 😪

Masa flashsale haritu dapatlah dalam RM9.90. Murah berapa sen je, jimat singgit dua. Tapi dengan harga sebelas ringgit ke atas pun rahanya masih berbaloi kan? 

Ni antara pilihan warna yang ada. Cepat jugak diorang restock. Haritu ingat nak beli yang ivory untuk lelaki, maroon untuk perempuan. Tapi cepat pulak habis warna ivory. Malas nak tunggu lama, rembat je lah warna red dua-dua pun. Cantik jugak. Sweet sikit kan, kan? 

Okay done review. Ni bukan acah selebriti atau acah femes ke apa, tapi sebelum beli ni pun syarah biasa cari review kat google. Cuma mungkin ramai orang malas nak buat mende leceh ni kut, jadi hampa.. Banyak web yang barang yang sama je, cuma harga lebih mahal.. Jadi semoga review ni membantu sesiapa saja yang rasa nak beli sejadah atau hadiah bertunang okyss? ♡♥♡♥

🌻
TD
30.12.2020
#tengahhariyangceria


Comments

Popular posts from this blog

Nota Ringkas STPM BM 1 (Bahagian 5 - Akhir)

Soalan STPM Sejarah Semester 3

Contoh Wacana Retorik: Pemerian, Pemujukan, Penceritaan, Pendedahan, Penghujahan