Sarapan : Sayur Lemak Labu, Daging Harimau Menangis, Ayam Masak Kicap
Sarapan pukul 10.54 pagi? Huh, can also 😁💁♀✌
Harini umi masak tiga lauk utama, kira macam sarapan sekali dengan makan tengah harilah. Lauknya adalah..
Daging harimau menangis, alaa ramai sangat craving yang version mama Neelofa tu, tapi harga dia hm.. paham-paham jelah..
Review dari kawan umi cakap memang sedap, tapi sebungkus padan makan dua orang je, tu pun cukup-cukup makan. Jadi umi cari resepi and buat sendiri. Serius sedap, makan sampai bertambah-tambah. Kekurangan dia adalah tak boleh makan saje-saje. Kalau makan tanpa nasi jadi rasa dia lain, camne nak cakap eh? Alaa ikan goreng masak kunyit pun best makan dengan nasi putih panas je, kalau makan saje-saje jadi terlebih masin la, terlebih lemak la, ada bau hanyir laa.. (macam tu lah perumpamaannya okyss)
Menu kedua! Syarah minta umi masakkan, sebab rasa lama tak makan. Tak terfikir pun sebenarnya. Tapi bila pergi pasar tani, tengok labu lepastu rasa teringat-ingat masakan ni. Tak tahu pun nama sebenar, tapi cakap kat umi, "nak yang masa kuning macam gulai tu" hehe.. Kira okaylah, sebab ni kan dikira lauk klasik, ye tak?
Menu ketiga! Ayam masak kicap. Lauk simple, bak kata orang tutup mata boleh buat. Tu untuk orang pro memasak lah. Kalau tahap amatur ni tak padan. Confirm luka jari sebab tak nampak mana tak potong hehe
Air ni termasuk menu ke? Ceritanya lepas makan madu dengan air suam, syarah duk termenung sebab bosan. Tak tahu nak buat apa. Umi pun tanyalah, "susu minum dah?", then umi cadangkan "awah ambik buah naga buat air dakpe". Bezanya kali ni umi cadang buat air naga tanpa susu manis. Biar rasa lebih asli dan sihat.
resepi? Simple teramat sangat. Separuh buah naga, dua sudu susu soya Shaklee dan satu sudu susu protein Nutrilite (alang-alang ada banyak, jadi campur jelah sekali)
Rasa dia best lah, rasa macam minum jus buah segar, cuma tambah serbuk soya sikit. Sesuai untuk orang tak suka manis. Buah naga kan normalnya tak pahit, ada manis asli. Jadi kesimpulannya, best!
Setakat tu je ♡
🌻
TD
30.12.2020
Comments
Post a Comment