Challenge : Madu (Day1 & Day2)
Jadi syarah decided untuk makan or minum madu setiap hari, sekurang-kurangnya pagi selepas bangun tidur (perut masih kosong bersama air suam) dan malam sebelum tidur (bersama air suam). Rancangnga nak buat challenge ni 30 hari dan nak tengok kesannya macam mana nanti.
Hari pertama 28 Desember 2020, bermula pagi. Bersin jadi agak teruk (normal memang teruk, sebab sensitif suhu pagi yang sejuk), tapi beransur ke tengah hari resdung jadi lebih lega. Tak bersin, cuma bila kurang air hidung selsema (still normal).
Bila malam pulak, minum madu sebelum tidur. Dalam setengah jam berehat, rasa sakit kepala tiba-tiba. Macam masuk angin. Kat bahagian pelipis. Jadi syarah urut sendiri, asal lega. Sakit tu macam sakit masa gastrik, cuma kes kelmarin bukan gastrik. Sebab memang cukup makan. Then malam tu tidur rasa lebih selesa. Bila bangun pagi, rasa lebih segar. Dan paling bahagia, bila semalam takde terjaga sampai dua tiga kali tengah-tengah malam. Stress jugak bila tak cukup tidur. Tapi semalam best!
29 Desember 2020
Hari kedua. Rutin pagi macam sebelum ni. Resdung makin berkurang. Walaupun tak makan zyrtex, tapi kepala rasa lebih ringan. Mata tak terlalu itchy. Hidung pun kurang berair. Best la. Kalau tak asyik duk pegang mata kanan sebab rasa pening. Nasiblah orang kuat resdung.
Bila malam pulak, masa berehat sebelum tidur, rasa sakit kat bahagian perut, tapi sebelah kiri. Ala-ala macam sakit perempuan. Tapi tak lama, dalam lima minit. Sakit pun tak terlalu kuat, cuma terasa jugak senak. Kepala pun rasa sedikit pening, tapi kurang pada semalam. Malam ni belum tidur lagi, tapi InshaaAllah pengalaman akan ditulis pada keesokkan harinya.
Goodnight, semoga syarah jadi istiqamah untuk satu perkara ni hehe
🌻
TD
30 Desember 2020
Comments
Post a Comment