Makanan Orang Sakit Masa Sakit

 Assalamualaikum 

Dah lama tak update blog, jadi hilang kata nak tulis apa. Rasa kekok pon ada...

Dijadikan cerita, nok geroh kata Cikgu N, masa balik sekolah hari khamis, boleh pulak terjatuh masa turun tangga 😌

Elok aje nak sampai tangga terakhir, tiba-tiba kaki tak jejak tanah. Sekelip mata je kaki kanan rasa terlipat kat bahagian buku lali. Sakit, sangat sakit. Tapi rasa malu pon ada, sebab perasan ada beberapa orang pelajar dengan cikgu ada kat situ. 

Sebenarnya ada rasa terkejut, dan terharu. Dua orang cikgu mari tolong, seorang tolong saya bangun, dan seorang lagi tolong kemas bekas dengan beg yang terjatuh. Langsung tak nampak gaya sombong, jauh cikgu nak marah atau sindir. 

Sebelum ni dah banyak kali terjatuh, tapi masa tu takde orang. Kalau kat dua sekolah sebelum ni, masa jatuh, jarang orang tolong. Biasa orang terkejut, dan ketawa. Pernah sekali, Cikgu B tolong, sekali dengan anak cikgu, AQ dan N. Terharu sampai tak boleh kata apa-apa. 

Masa adik sampai, adik tolong angkat beg. Berulang kali minta maaf dan terima kasih kat cikgu. Cikgu tunggu, bila adik sampai pon cikgu masih ada kat situ. 

"Kita tak patut nilai orang dari pekerjaan, ataupun latar belakang. Setiap orang lain sifatnya, ada yang masih sudi menolong.", saya cuba semat kata-kata tu dalam hati. 

Balik sekolah, umi ajak pergi Dungun, nak berurut. Hari khamis memang dah tak pergi sekolah. Harini, hari jumaat, dah petang, sambil tunggu maghrib. 

Masa sakit, susah nak pergi dapur. Nak heret kaki pon sakit jugak, sebab kaki kanan langsung tak boleh kena lantai. Boleh la lompat-lompat guna sebelah kaki, tapi lenguh. Sebab badan berta sangat mungkin 🤔 

Jadi umi lah ynag hantar makanan, sekali dengan air. Tapi umi dah catu, tak boleh air batu, kurangkan makanan tak berkhasiat. Sebab tak banyak bergerak, tak elok untuk jatung. Makan banyak tapi asyik baring je. 

Kaki pon sekarang dah makin surut. Kalau sebelum ni macam bola petanque sebijik kat buku lali, sekarang dah jadi bola pingpong.

Pelik jugak, sebab hari pertama boleh lagi solat berdiri, berdiri tak berapa tegak pon, masih boleh dudul walaupun sakit. Tapi start maghrib, kaki dah bengkak sangat. Umi kata masuk angin, jadi tak boleh berdiri langsung. Confirm tak seimbang dan terbalik. 

Alhamdulillah, hari ketiga dah beransur sembuh. InshaaAllah, kalau sempat baik, elok dah kaki boleh pergi sekolah ahad ni😆



Ni mihun sup, sarapan pagi tadi. Semua puasa, jadi sorang-sorang jelah makan 😌


Nugget dengan isi satar. Mula-mula umi hantar ingatkan keropok ataupun jemput, eh.. Sekali makan, ....
Rasa macam satar goreng 😋

🌻
28 Ogos 2020
Semoga Syarah cepat sembuh, ameen 💛

Comments

Popular posts from this blog

Nota Ringkas STPM BM 1 (Bahagian 5 - Akhir)

Soalan STPM Sejarah Semester 3

Contoh Wacana Retorik: Pemerian, Pemujukan, Penceritaan, Pendedahan, Penghujahan