MAKAN SUSHI KING PUAS-PUAS ๐Ÿ˜‹

 Good morning! 

Tak tau nak tulis macam mana, tapi rasa nak abadikan memori semalam ๐Ÿ˜Š

Sebenarnya dah rancang 2 minggu nak pergi makan Sushi King sama-sama, tapi biasanya awah dengan adik selalu ada kelas malam atau petang. Tangguh punya tangguh, dapat la pergi hari khamis last day pon. 

Takdelah banyak mana kitaorang makan, tapi rasa happy sebab umi kata makan puas-puas kali ni. Walaupun masa umi kata dah kenyang, tapi kepala umi masih jenguk-jenguk. 

Bila tanya umi nak yang mana, umi jawab takde pon. Tiba-tiba bila sampai udang terus umi ambik. Muka umi cerah je masa tu. Sebab dalam banyak-banyak sushi yang makan, yang tu je umi rasa boleh makan. Yang lain banyak ikan, sayur dengan telur. Ingatkan umi nak ambik satu, tapi 5 rupanya. Umi cakap nak anak umi makan puas-puas, sepinggan sorang. Padahal yang lain semua dah kenyang mada tu. 

Masa duduk dalam tu, kebanyakannya Chinese. Rupanya diorang buat macam reunion. Diorang makan sampai RM300+ ๐Ÿ˜‚ memang puas hati lah, sebab ramai. Lebih sepuluh orang. 

Ada sorang tu pulak, badan kecil molek je. Pakai baju warna pink. Rambut pendek paras bahu. Cute. Comel dia tu macam pelakon kanak-kanak Hong Kong. Suka tengok. Bila dia suka pon nampak betul-betul ceria. Macam budak kecil, takde masalah. ๐Ÿ˜†

Ada lah beberapa keping gambar ambik semalam, tapi kebanyakannya tak berapa tutup aurat, nampak lengan sikit. Ada yang tutup aurat elok pon muka pulak tengah masam. Mulut muncung sume ๐Ÿ˜‚ Jadi simpan buat kenangan jelah ๐Ÿ˜Š

๐ŸŒป

7.36 a.m. 

20200925



Comments

Popular posts from this blog

Nota Ringkas STPM BM 1 (Bahagian 5 - Akhir)

Soalan STPM Sejarah Semester 3

Contoh Wacana Retorik: Pemerian, Pemujukan, Penceritaan, Pendedahan, Penghujahan