BUKU YANG TIDAK DIMAKAN ANAI-ANAI
Memang takjub, sebab tak sangka boleh tengok keajaiban Allah yang satu ni. Selalu dengar ceramah, baca cerita-cerita tentang keajaiban Allah, tapi sangat jarang berlaku pada diri sendiri.
Walaupun ni bukan pengalaman sendiri, hanya pengalaman kakngah, tapi kita boleh ambil iktibar.
Hari Jumaat minggu lepas, kakngah dengan umi pergi Melaka, sebab nak ambil barang kat rumah sewa. Biasanya buku yang kita jarang guna, normallah letak dalam kotak. Tapi sebab dah lama tak duduk (sebab PKP), jadi penuh anai-anai.
Tapi bila belek-belek, ada satu buku yang terselamat. Sangat pelik. Tapi tu semua kuasa Allah. Buku tu buku agama, jadi kita boleh agak sebabnya. Banyak ayat-ayat Alquran dalam tu. Allah nak tunjuk, Allah masih selamatkan ayat-ayat Alquran untuk diamalkan oleh hamba-hambanya.
Sebenarnya ada satu perkara yang terdetik kat hati masa tengok gambar tu, ilmu yang kita catat dan rujuk selama ni, sekejap je Allah boleh tarik. Mungkin sebab tu orang kata "Ilmu perlu ada di dada, dan diamalkan selalu. Kita kena ingat ilmu yang kita belajar. Bukan setakat catat kat buku, masa dekat nak exam baru belek-belek semula".
Sama-sama kita ambil pengajaran ❤
🌻
11:40
20200927
Comments
Post a Comment