bersihkan habuk 🦄

Setelah sekian lama (seminggu), akhirnya blog ini kembali dikunjungi :')
Saya dah check imej atau album phone, tapi semua gambar kertas-kerjasekolah-kerjakursus plus papan putih #takmenarik😴
Jadi disebabkan tiada gambar untuk dikongsi, saya hanya taip jelah.

Jumaat - pulun anime dengan adik dan kakak
Sabtu - pulun kerja kursus, tak sedar perut kelaparan, jadi saya gastrik dan demam
Ahad - keesokan harinya saya tak pergi sekolah, memang tak boleh bangun, tapi orang ingat tipu
 -_- (ingat sedap ke sakit) 
Isnin - pergi sekolah, tapi seharian orang usik sebab tak mari sekolah, yelah orang tak tahu maksud sakit tu apa 😌
Selasa - homework-sekolah
Rabu - another homework-sekolah
Khamis - kktc! 😆 #kasutbaruwarnamaroon 😛

Sekian terima kasih! 

Tapi dalam tempoh seminggu tu saya ada jumpa kata-kata, 
"saya tak pernah menyesal, 
kalau diberi peluang untuk memilih, 
saya takkan ubah walaupun satu perbuatan"

Bagi saya, hanya orang yang betul-betul kuat iman akan cakap macam ni, sebab realiti kehidupan nyata, akan ada je perkara yang kita terkilan. 😐

🌻
3 Julai 2020


Comments

Popular posts from this blog

Nota Ringkas STPM BM 1 (Bahagian 5 - Akhir)

Soalan STPM Sejarah Semester 3

Contoh Wacana Retorik: Pemerian, Pemujukan, Penceritaan, Pendedahan, Penghujahan