Trial STPM 2020 #melamun


Harini 12 July 2020
Hari pertama trial stpm untuk semester 2 🤕
Lawaknya, saya baru tahu harini ada peperiksaan hari Rabu minggu lepas -_- logik tak agak-agaknya? 
Sebab sebelum ni, masa cikgu umum, selalu ingat "ooh lambat lagi"
"ooh, tinggal 2 minggu lagi"
"ooh minggu depan la start membaca"

Akibat tak peka dengan tarikh, aisyyy

Masa exam pengajiam am harini, 10 minit pertama, kerja saya cuma melamun
"cantik jugak pemandangan luar sekolah"
"kenapa pekerja tu bawak kotak sorang-sorang?"
"comelnya burung tu main kejar-kejar"
(´ε`)

Ke'blur'an pada ketika itu sememangnya jelas (•ω•)

Lepas tarik nafas panjang-panjang, baru terfikir nak buka balik kertas. 
Sebenarnya dah tengok awal-awal masa dapat kertas, excited sebab study sungguh-sungguh pagi tadi, tiba masa buka kertas, 
'belek kertas satu-satu'
"kenapa yang aku baca semalam tak keluar?"
"kenapa soalan esei takde pasal rukun negara?"
"enrolmen tu apa?"
(´⊙ω⊙`)

sa a a a a a ngat stress (~_^)

tapi akhirnya tetap buat, 
baca petikan dulu, 
baca sekali tak faham, 
baca sekali lagi, baru boleh tanda,
buat tajuk, mula lukis jadual, 
baca sekali lagi, 
kira banyak banyak kali, nak confirm jawapan tepat
tapi, tiba-tiba sedar ada perkataan 'enrolmen'
tak faham, tak ingat, 
tapi jadual dah buat

buat sekali lagi, 
buat balik semua, 
baca banyak kali, catat, buat jadual, 
baru start lukis graf, 
lega sebab sikit lagi nak siap, 
baru sedar ada silap bahagian atas, 
lepas garis guna liquid, garis lagi, tak jadi 🤯😡

buat sekali lagi, memang masa tu redha sangat-sangat sebab masa dah sejam lebih guna untuk bahagian graf saja 

Kesimpulannya, mungkin sebab jarang buat latihan jadi macam blur je, 
walaupun soalan simple dan senang, tapi otak lost, tak boleh fikir apa-apa

Mujur sempat siap, alhamdulillah 
Masa hantar tu, tahap keredhaan, tahap tawakkal, memang tinggi tahap melampau 😅
Takut cikgu marah, tapi sekurang-kurangnya aku siap 

🌻
12 Julai 2020

Comments

Popular posts from this blog

Nota Ringkas STPM BM 1 (Bahagian 5 - Akhir)

Soalan STPM Sejarah Semester 3

Contoh Wacana Retorik: Pemerian, Pemujukan, Penceritaan, Pendedahan, Penghujahan