AWAH MASIH INGAT ABAH, AWAH AKAN SENTIASA INGAT ABAH
2 hari lepas (12 Oktober 2020), hari isnin, kami ziarah kubur abah. Ni kali pertama awah pergi lepas kakngah tukar batu nisan yang baru. Cantik 😊 Semoga abah pon tenang di sana.
Dah empat tahun, sejak abah pergi. 13 Oktober 2016 dan sehingga kini, takde satu hari awah lupa abah. Setiap hari awah buka mata, teringat abah dah takde. Awah bangun dari katil, solat, makan, awah tetap buat perkara yang sama macan abah ada dulu. Tapi bila awah ingat abah, mesti rasa sedih, sebab tak tahu bila kita aka bertemu.
Awah rindu. Tapi awah tahu, persediaan awah untuk ke sana belum cukup. Awah nak bila awah pergi, amalan awah layak berada di bersama abah dan keluarga kita di tempat yang terbaik, inshaaAllah amin 💝
Semoga kita bertemu lagi di sana 🌻 14Okt2020
Comments
Post a Comment