Posts

Nasi Semangat : Nasi Kunyit, Telur Dadar n Rendang Ayam

Image
  N? n? Kenapa saya tak tulis 'dan' atau simbol '&' ?? Sebab umi hantar gambar n tulis macam tu heheh See?  Okay, kenapa orang panggil nasi kuning or pulut kuning ni nasi semangat? I don't know (haha obviously bukan perempuan Melayu terakhir) Tapi masa orang atau sepupu-sepupu bersunat dulu pun, akan ada buat nasi pulut. Orang bersunat tu tak makan pun kadang-kadang, tapi para ibu akan suap la sesuap dua bagi penguat semangat. Entahlah, tak tahu celah mana datang semangat tu nanti 😜 yang pasti tu adalah adat okys? Satu lagi masa orang bertunang. Elok jugak buat pulut kuning. Haaa masa si N (sepupu syarah tu la) bertunang minggu lepas, atau boleh jugak kita kata tahun lepas (sebab 31 Desember 2020), pun mak long buat pulut kuning. So tu jelah serba sikit saya tahu okay? Nak tahu lebih, sila tanya ibu anda atau saudara mara yang lain. Mungkin masih ada yang tergolong sebagai 'perempuan Melayu terakhir'? Sebenarnya lepas subuh tadi pergi dapur, nak tengok ...

Please, be considerate

Image
 Tak tahu kenapa, tapi ada beberapa perkara yang buat saya sentiasa terasa dan selalu tahan diri.  First, status sendu.  Sometimes, takde orang nak dengar 100% cerita awak. Tentang orang yang buat awak annoyed, tentang mulut pedas kawan-kawan, tentang dipinggirkan, tentang rasa rindu pada orang yang telah tiada.. Tak semua orang suka dengar masalah, okay? So, awak up status. Awak tak hide sesiapa, dan kadang-kadang, awak tak mention atau berniat sindir sesiapa, tapi kenapa ramai yang terasa? Lepas tu blame kita buat status sendu? What do you mean by 'sendu'? Maksudnya 'sedih' Tak boleh ke kalau orang nak luahkan kesedihan dia kat status wasap? Story ig? Di twitter? Beri kesan pada hidup awak ke kalau baca satu or even sepuluh status sendu orang? Takkan? Rasa tak nak baca, abaikan jelah. Yang pergi komen, reply kata jangan buat status sendu lagi tu kenapa? Lepas tu biarkan orang tu rasa malu dan tanggung kesedihan dan masalah dia sorang-sorang? Dengki eh takde keberanian...

Manisan : Sekaya Labu πŸ₯¨

Image
  Ceritanya pergi pasar tani minggu lepas, or minggu minggu lepas, or beberapa hari lepas.. hmm.. Ikutlah bila pun, asal pergi. Ingatkan pergi pukul sepuluh banyaklah kedai buka, rupa-rupanya dah banyak yang nak tutup.  Masa umi beli sayur, tertengok ada labu. Minta satu nak minta sayur masak lemak labu, lepas tu acik yang jual tu tanya, "nak buat kuih ke dik?". Kita pulak sengih jelah, "tak, nak masak sayur lemak". Sedap juga kalau makan labu manis kan? Then acik tu cakap sekarang ramai budak suka beli labu, buat sekaya labu. Sebab viral katanya. Ooo rupanya kuih ni sempat la trending sekejap haritu, orang jual pun mahal jugak. Jadi umi beli, umi kata boleh cuba buat.  Nak dijadikan cerita, sekaya labu ni salah satu dulang abah bagi kat umi masa bertunang. Ehehe ala nak imbau kenangan lama uge umi ni, sweet lah pulak 🀣 So inilah hasilnya okay? Boleh la try buat juga, search resepi kat google okyss?  Sekian, selamat malam. Alang-alang dah pukul 11 lebih ni, silalah...

Selamat Bertunang : May Allah ease everything, May Allah keep you smiling

Image
  Okay, entry kali ni sepatutnya post masa 31 Desember 2020. Tapi biasalah, bila kemalasan melanda -_- Btw, selamat untuk N dah selamat jadi tunangan orang😍 so di bawah ni ada la hasil tangan terchenta dari jemari yang keras ini hehe Sebenarnya ingat nak beli kad, tapi terlupa pulak. Lepas tu nak tulis kat paper bag tu nanti kalau nak buang hilang pulak kenangannya. Kalau boleh nak la mereka kenang kenagan bertunang mereka. Heheh kan ke sweet tuh πŸ˜† gatai na!  Tak tahulah mana satu yang si lelaki yang si perempuan, sebab lepas tulis tu terus masukkan dalam paper bag. Ni pun dah tulis last minute, apa nak belek lama lagi hmm..  Silap tertulis bertindih tu, tapi nasib cantik jugak hehe.. Kalau kertas putih boleh pakai liquid, lagipun tulis kat bahagian belakang bukan nampak sangat kan, kan?  😊 Sekian, Selamat Tahun Baru 2021 ♥ 🌻 TD, 2 Januari 2021

Review Lazada : Sejadah Baldu Hadiah Bertunang

Image
 Ceritanya sepupu syarah nak bertunang! Tapi confident glerr tulis blog bagai nak bagi hadiah. Alaa takpe, dia jenis tak suka bersosial dengan family sendiri dalam media sosial, sebab dia cakap boleh bersosial depan-depan. Yelah tu 😐 (fun fact, add friend kat Facebook masa darjah tiga means umur 9 tahun, sampai umur 19 tahun haritu tertengok balik still ada friend request tu tak berbalas🀐 bertuah punya sepupu πŸ˜’) Umur dia sekarang dah 26 tahun, rasa excited gila sebab terfikir dulu, bila lah dia nak kahwin, nak main baby, bosan tunggu kakak-kakak yang masih muda tu... Uupss Rasanya jarang kut orang prepare hadiah bertunang, tapi dia cakap nak kahwin mungkin bulan Mac atau Jun.. Mak ai lamanya πŸ˜… hilang nanti excited na bagi hadiah tu, kiranya nak kahwin nanti syarah perah otak sekali lagi lah okyss?  Secara keseluruhan, rupa dia camni, (tak tahulah camne gambar ni jadi kabur pulak, tapi boleh tengoklah design dia lawa sebenarnya) Mula-mula tengok dalam Lazada tu memang tak b...

Sarapan : Sayur Lemak Labu, Daging Harimau Menangis, Ayam Masak Kicap

Image
 Sarapan pukul 10.54 pagi? Huh, can also πŸ˜πŸ’‍♀✌ Harini umi masak tiga lauk utama, kira macam sarapan sekali dengan makan tengah harilah. Lauknya adalah..  Daging harimau menangis, alaa ramai sangat craving yang version mama Neelofa tu, tapi harga dia hm.. paham-paham jelah..  Review dari kawan umi cakap memang sedap, tapi sebungkus padan makan dua orang je, tu pun cukup-cukup makan. Jadi umi cari resepi and buat sendiri. Serius sedap, makan sampai bertambah-tambah. Kekurangan dia adalah tak boleh makan saje-saje. Kalau makan tanpa nasi jadi rasa dia lain, camne nak cakap eh? Alaa ikan goreng masak kunyit pun best makan dengan nasi putih panas je, kalau makan saje-saje jadi terlebih masin la, terlebih lemak la, ada bau hanyir laa.. (macam tu lah perumpamaannya okyss)  Menu kedua! Syarah minta umi masakkan, sebab rasa lama tak makan. Tak terfikir pun sebenarnya. Tapi bila pergi pasar tani, tengok labu lepastu rasa teringat-ingat masakan ni. Tak tahu pun nama sebenar, ...

Challenge : Madu (Day1 & Day2)

 Jadi syarah decided untuk makan or minum madu setiap hari, sekurang-kurangnya pagi selepas bangun tidur (perut masih kosong bersama air suam) dan malam sebelum tidur (bersama air suam). Rancangnga nak buat challenge ni 30 hari dan nak tengok kesannya macam mana nanti.  Hari pertama 28 Desember 2020, bermula pagi. Bersin jadi agak teruk (normal memang teruk, sebab sensitif suhu pagi yang sejuk), tapi beransur ke tengah hari resdung jadi lebih lega. Tak bersin, cuma bila kurang air hidung selsema (still normal).  Bila malam pulak, minum madu sebelum tidur. Dalam setengah jam berehat, rasa sakit kepala tiba-tiba. Macam masuk angin. Kat bahagian pelipis. Jadi syarah urut sendiri, asal lega. Sakit tu macam sakit masa gastrik, cuma kes kelmarin bukan gastrik. Sebab memang cukup makan. Then malam tu tidur rasa lebih selesa. Bila bangun pagi, rasa lebih segar. Dan paling bahagia, bila semalam takde terjaga sampai dua tiga kali tengah-tengah malam. Stress jugak bila tak cukup tid...