Nasi Semangat : Nasi Kunyit, Telur Dadar n Rendang Ayam
N? n? Kenapa saya tak tulis 'dan' atau simbol '&' ?? Sebab umi hantar gambar n tulis macam tu heheh
See?
Okay, kenapa orang panggil nasi kuning or pulut kuning ni nasi semangat? I don't know (haha obviously bukan perempuan Melayu terakhir) Tapi masa orang atau sepupu-sepupu bersunat dulu pun, akan ada buat nasi pulut. Orang bersunat tu tak makan pun kadang-kadang, tapi para ibu akan suap la sesuap dua bagi penguat semangat. Entahlah, tak tahu celah mana datang semangat tu nanti 😜 yang pasti tu adalah adat okys?
Satu lagi masa orang bertunang. Elok jugak buat pulut kuning. Haaa masa si N (sepupu syarah tu la) bertunang minggu lepas, atau boleh jugak kita kata tahun lepas (sebab 31 Desember 2020), pun mak long buat pulut kuning. So tu jelah serba sikit saya tahu okay? Nak tahu lebih, sila tanya ibu anda atau saudara mara yang lain. Mungkin masih ada yang tergolong sebagai 'perempuan Melayu terakhir'?
Sebenarnya lepas subuh tadi pergi dapur, nak tengok umi buat apa. Yang jadi terdiamnya sebab.. umi tengah basuh beras pulut masa tu. And beras pulut tu warna kuning?! Umi cakap, "umi nak buat pulut kuning harini", then kita pun angguk jelah. Tengok lauk dah ada atas dapur, kiranya kerja menunggu jelah kan? Tapi betul-betul terdiam, sebab pelik. Macam.. takde sebab nak buat nasi semangat tu harini, eh tiba-tiba dapat?
Dan bukan syarah sorang yang teruja, ngah pun rasa terkejut jugak. Alaa.. cuba bayang korang bangun, pergi dapur nak sarapan, tengok ibu atau mak tengah cucuk sate ke. Padahal bukan hati raya. Pelik kan? Haa camtulah perasaan dia.
Rupanya bila tanya umi "umi, bakpe wak pulut kuning harini?", umi jawab "rasa nak makan, rasa nak buat"... See? That's why lah syarah pun jenis berdiri in the most unexpected moment, and beri jawapan with the most unexpected answer😅
Okaylah, kita share gambar kita makan-makan harini okay?
Comments
Post a Comment