LOVELY YONG ๐Ÿ˜ป

 

"umi, umi sayang ke yong?" "dope๐Ÿ™„"

Yong dah tiba waktu-waktu nak beranak. So kakngah bagi masuk dalam rumah, letak dalam sangkar yang ada kotak. Pastu tadi bawaklah keluar kejap nak main. Biasa je kalau yong nak bermanja dengan ngah. Sebab biasa dia duduk dengan ngah.

Tapi malam ni umi banyak usik yong. Cuit hidung dia. Cium kepala dia. Masa umi bergurau dengan yong, tiba-tiba yong hulur tangan (kaki depan) means dia nak bermanja.

Pastu umi dengan ngah excited nak timbang yong. 6KG! ๐Ÿ˜ผ Umi pun suruh ngah letak kat bawah, bukan atas riba. Lepas tu yong start pegi kat umi. Mula-mula dia cium sikit-sikit je lengan umi. Pastu dia gesel pipi dia. Makin lama makin dekat. Umi ingat yong saje-saje je. Eh, boleh pulak yong bangun then bersandar kat umi? Manja sangat ๐Ÿ˜ญ sho shomell! ๐Ÿ˜ญ

Lama yong berbaring kat umi. Macam taknak lepas. Excited pergi ambik video and gambar. Tapi majo gambar nampak lengan, so tak upload lah kat sini. Umi baca selawat, surat Taha (biasa orang baca untuk lembutkan hati, umi risau yong jadi nakal suka cakar bila tahan sakit nak beranak ๐Ÿคฃ) dengan al-Waqiah. Sekali ayat mudah beranak ๐Ÿ˜…

Mata umi berair masa yong duduk bersandar kat badan umi. Manja sangat yong letak lengan (or kaki..) kat lengan umi. Kepala dia pula asyik bersandar je. Kadang-kadang dia gesel. Umi acah nak lari, tapi yong berkeras nak duduk dekat umi. Heheh sweet pulak. First time tengok yong manja macam tu. Biasa umi suka usik dia, main kejar, buat-buat gertak bila yong goyang bontot dia sebelum berlari ๐Ÿ˜… mungkin dia tahu yang umi memang sayang dia hehe

Sebenarnya memang umi pun mula-mula layan yong. Biasa umi tak anti kucing, sebab umi jrang main. Tapi masa awal pindah, pagi-pagi umi nak pergi sekolah yong datang dengan kembar dia. Then umi bagi roti jelah awal-awal tu. Petang bila umi balik pun yong mari. Pastu umi fikir, tak boleh jadi ni. Kena beli makanan kucing betul. Sebab first time umi nak try main kucing. Umi beli makanan kucing yang jual kat kedai runcit. Tapi bulu yong jadi luruh. Pastu start beli makanan paket. Sekarang sekali dengan tiga ekor anak yong (Sasha, Enid ngan Captain) semua jadi bulu karpet heheh ๐Ÿ˜ผ

So ni kira kandungan kedua yong la. Harapnya comel-comel lagi. Amiin hehe

Oh ya, nama asli yong ni 'K-Clique'. My cousin, IH (adik N) bagi ๐Ÿ˜… nak buat macam mana, era 2020 kumpulan rap tu betul-betul naik bahagian ๐Ÿ˜… mak long panggil 'kelik-kelik' ๐Ÿคฃ sampai sini semua panggil yong. Cuma sebutan dan ejaan lain-lain sikit. Kakak eja 'nyong'. Ngah eja 'anyong'. Umi? Yong jugak rasanya. Adik? Hmm.. Adik hantar gambar atau ambik video je. Tak eja pun, orang dah tahu yang tu kucing kan ๐Ÿ˜†

fakta yang lain lagi adalah.. Anak-anak yong tu bornday diorang 7 Julai 2020 ๐ŸŽ‰๐ŸŽŠ๐ŸŽˆ boleh pulak tadi rancang dengan ngah nak sambut. Excited tengok orang lain sambut birthday untuk kucing #PelikPelikJe ๐Ÿ™„ 

Masa lahir ada lima ekor. Sekor ikut yong (bulu campur putih, coklat, and sikit-sikit hitam). Empat ekor lagi warna hitam. Mula-mula tengok semua sama je, tapi lama-lama bila dah besar nampak lah bezanya. Enid ada belang macam harimau, and lebih suka menikus. Sasha pulak kurang belang. Ada minimal warna putih. And..manja! So boleh bezalah. Sekor meninggal masa kecik jugak. Tak sedar bila. Masa cuti, bangun-bangun ngah cakap ada sekor mati and dah tanam. Tak sempat tengok pun. Sekor lagi ngah dah jangka. Sebba nampak tak larat dua tiga hari. Then satu malam tu, yong berbunyi nyaring. Macam panggil. Bila bukak tengok yang tu dah meninggal. First time tengok kucing mati nature, bukan kena langgar ke apa. Badang dia jadi statik. Kaki depan dan belakang jadi straight. Macam mana nak terangkan eh? Ada kucinglah sendiri, baru boleh tengok ๐Ÿ˜… (ni bukan doa supaya newborn kucing anda mati okay!) Sedih jugak. Tapi kawan ngah yang fanatik kucing kata, biasanya paling ramai akan ada dua or tiga ekor je yang hidung. Diorang kan bersaing nak susu and sumber makanan. Jadi yang lemah sikit biasanya terpinggir. Sepupu cakap lama-lama terbiasalah kalau kucing mati. Okay.. Faham ๐Ÿ‘Œ 

Nka cerita jugak ke pasal Sasha hilang haritu? Heheh alang-alang bertenaga and rajin nak menulis kan? Haritu ada orang datang service hmm tak tahulah nak cakap apa benda (refer as uncle okay? Pakcik macam tua sangat). Alaa yang alat pembersih udara tu. Hmm takpelah. Pastu ngah lepaslah kejap dari sangkar sementara uncle datang. Uncle tu pun suka tengok. Sebab bulunya gebu. Siap ambik gambar lagi. Tiba-tiba petang tu hilang. Ngah ingat Sasha main kat rumah mak long. Tapi tak balik-balik jugak malam tu. Ngah cari keliling rumah. Pun takde. Esok pagi pun takde. Ngah siap cari kat masjid and kedai berdekatan. Sebelum kakak balik Ampang pun kakak cari. Tapi tak jumpa. 

Lepas cukup seminggu, umi pun start redha. Umi doa sungguh-sungguh pagi tu supaya Sasha pulang. Pastu masa umi nak bagi makanan kat yong and anak-anaknya, sebelum tu umi bukaklah tingkap. Eh, tiba-tiba umi nampak seekor kucing warna hitam. Tapi bukan Burn (adik Yong yang tiga kakinya macam pakai stokin tu hehe). Umi pun tengok elok-elok. 

"Sasha!", syarah tengah duduk atas mesin urut masa tu pun jadi terkejut. Terus berhenti sebab nak tahu apa jadi. Rupanya ngah yang tengah tidur pun terbangun. Umi terus ambik Sasha and peluk. Yang buat syarah terharu bila umi menangis. Then bila start letak dalam sangkar, yong (yang biasanya senyap) start meow-meow. Nada dia sedih๐Ÿ˜ญ Dia cium-cium je Sasha. Ngah call kakak nak bagitau. Sekali ngah kakak nangis. Emotional and dramatic lah moment tu ๐Ÿ˜… Adik je cool heheh ๐Ÿ˜Ž 

Sasha jadi kurus sangat. Sampai bila sentuh rasa tulang. Entah orang yang ambik tu bagi makan apa tak tahu. Mungkin dia tengok lawa je bulu. Berkenan ambik. Eh, baru tahu susah nak jaga. Seb baek dia pulangkan. Marah juga bila ayah long kata, biasa je kalau orang ambik kucing yang dia rasa berkenan. Ish ish, tak patut ๐Ÿ˜ ๐Ÿ˜ก

Okay, rasanya setakat tu je lah dulu. Nak tido pulak goodnight ๐Ÿ˜˜


✌๐ŸŒปTD, 9 Januari 2021 ๐Ÿ’“


Comments

Popular posts from this blog

Nota Ringkas STPM BM 1 (Bahagian 5 - Akhir)

Soalan STPM Sejarah Semester 3

Contoh Wacana Retorik: Pemerian, Pemujukan, Penceritaan, Pendedahan, Penghujahan