Selamat Bertunang : May Allah ease everything, May Allah keep you smiling
Okay, entry kali ni sepatutnya post masa 31 Desember 2020. Tapi biasalah, bila kemalasan melanda -_-
Btw, selamat untuk N dah selamat jadi tunangan orang😍 so di bawah ni ada la hasil tangan terchenta dari jemari yang keras ini hehe
Sebenarnya ingat nak beli kad, tapi terlupa pulak. Lepas tu nak tulis kat paper bag tu nanti kalau nak buang hilang pulak kenangannya. Kalau boleh nak la mereka kenang kenagan bertunang mereka. Heheh kan ke sweet tuh 😆 gatai na!
Tak tahulah mana satu yang si lelaki yang si perempuan, sebab lepas tulis tu terus masukkan dalam paper bag. Ni pun dah tulis last minute, apa nak belek lama lagi hmm..
Silap tertulis bertindih tu, tapi nasib cantik jugak hehe.. Kalau kertas putih boleh pakai liquid, lagipun tulis kat bahagian belakang bukan nampak sangat kan, kan?
😊
Sekian, Selamat Tahun Baru 2021 ♥
🌻
TD, 2 Januari 2021
Comments
Post a Comment