Early Night Snacks : Sugar Butter Bread
Early? Tengok masa di gambar 💓
Rasanya setakat saya hidup, nilah resepi yang tak pernah 'mati'. (okayyy, selain telur goreng, nasi putih, sup ayam, nasi lemak.. Okay² banyak sebenarnya, tapi malam ni tentang roti gula planta okyss?)
Sebenarnya rancang nak makan roti gardenia raspberry susu tu (betul ke? Alaa yang warna pink tu) tapi tiba-tiba umi tanya, "awah nak buat roti planta gula ke?", mata pun jadi bersinar-sinar hehhe sebab dah lama sangat tak makan.
Dipendekkan cerita, saya ambik roti empat keping (banyaknya.. ) sapu planta, tanya umi "gula kat mana?", sebab bekas pink (biasanya letak gula) dah kosong. Eh? Rupanya dah bertukar pada bekas orange... #takdekaitan
Dan... Tadaaa ✨✨✨
Seratus view pun takpe kan?
Bila guna air fryer bahagian bawah tak rangup sangat, kalau rajin buatlah seminit-seminit. Kalau laaaagi rajin? Dua minit je terus, pastu ngapp 😋
Tak tahu kenapa yang ni jadi blurrr sangat, tapi cantiklah pulak.. Hehe yeke?
Ni roti bahagian atas, nampak la kerangupan dia tu kan?
fine, saje memenuhi memori phone. Geng ada banyak keje tapi buat macam takde keje, biasalah hmm..
Ni bahagian dalam dia, mana tahu kan ada orang tak pernah makan?
Okay dah, lap air liur 🤤 sekarang bangun, pergi buat sendiri. 👋
🌻 TD, 8 Januari 2021
Missing you💓
Comments
Post a Comment