Posts

BUKU YANG TIDAK DIMAKAN ANAI-ANAI

Image
  Memang takjub, sebab tak sangka boleh tengok keajaiban Allah yang satu ni. Selalu dengar ceramah, baca cerita-cerita tentang keajaiban Allah, tapi sangat jarang berlaku pada diri sendiri.  Walaupun ni bukan pengalaman sendiri, hanya pengalaman kakngah, tapi kita boleh ambil iktibar. Hari Jumaat minggu lepas, kakngah dengan umi pergi Melaka, sebab nak ambil barang kat rumah sewa. Biasanya buku yang kita jarang guna, normallah letak dalam kotak. Tapi sebab dah lama tak duduk (sebab PKP), jadi penuh anai-anai.  Tapi bila belek-belek, ada satu buku yang terselamat. Sangat pelik. Tapi tu semua kuasa Allah. Buku tu buku agama, jadi kita boleh agak sebabnya. Banyak ayat-ayat Alquran dalam tu. Allah nak tunjuk, Allah masih selamatkan ayat-ayat Alquran untuk diamalkan oleh hamba-hambanya.  Sebenarnya ada satu perkara yang terdetik kat hati masa tengok gambar tu, ilmu yang kita catat dan rujuk selama ni, sekejap je Allah boleh tarik. Mungkin sebab tu orang kata "Ilmu perlu ...

MAKAN SUSHI KING PUAS-PUAS ๐Ÿ˜‹

 Good morning!  Tak tau nak tulis macam mana, tapi rasa nak abadikan memori semalam ๐Ÿ˜Š Sebenarnya dah rancang 2 minggu nak pergi makan Sushi King sama-sama, tapi biasanya awah dengan adik selalu ada kelas malam atau petang. Tangguh punya tangguh, dapat la pergi hari khamis last day pon.  Takdelah banyak mana kitaorang makan, tapi rasa happy sebab umi kata makan puas-puas kali ni. Walaupun masa umi kata dah kenyang, tapi kepala umi masih jenguk-jenguk.  Bila tanya umi nak yang mana, umi jawab takde pon. Tiba-tiba bila sampai udang terus umi ambik. Muka umi cerah je masa tu. Sebab dalam banyak-banyak sushi yang makan, yang tu je umi rasa boleh makan. Yang lain banyak ikan, sayur dengan telur. Ingatkan umi nak ambik satu, tapi 5 rupanya. Umi cakap nak anak umi makan puas-puas, sepinggan sorang. Padahal yang lain semua dah kenyang mada tu.  Masa duduk dalam tu, kebanyakannya Chinese. Rupanya diorang buat macam reunion. Diorang makan sampai RM300+ ๐Ÿ˜‚ memang puas hati...

PERASAAN LEPAS HANTAR KERJA KURSUS

 Okay, tarik nafas dulu. ^_^ Bayangkan. Kipas stand semeter setengah dari muka. Tingkap yang umi suruh tutup setengah jam tadi, masih elok terbuka. Anginnya masuk. Heee Minum teh panas, bila campur air sejuk jadi suam-suam je. Buat semua tu, sambil dengar lagu Nightcore Pura-pura Lupa (English Version) Sangat best. Serius. Dan sekarang, saya taip semua ni sambil tersenyum. Kelmarin, MUET speaking test dah selesai, alhamdulillah. Sebelum balik, sempat hantar kerja kursus Pengajian Am, tinggal cikgu check dan nak hantar borang temu bual dengan bibliografi. Harini, petang ni. Mungkin 15 minit sebelum saya taip kat draft blog ni, satu lagi kerja selesai. Proposal Seni Visual ^_^ Jujurnya masih banyak homework belum siap, 9 latihan graf, dengan modul Sejarah, tapi sekurang-kurangnya beban-beban yang besar kat kepala ni dah makin berkurang. Alang-alang dah azan Maghrib, jadi kena tutup tingkap dulu. Bye. (sticker 'sunflower' takfe kali ni sebab taip guna laptop) 7: 10 p.m. 20200923

Makanan Orang Sakit Masa Sakit

Image
 Assalamualaikum  Dah lama tak update blog, jadi hilang kata nak tulis apa. Rasa kekok pon ada... Dijadikan cerita, nok geroh kata Cikgu N, masa balik sekolah hari khamis, boleh pulak terjatuh masa turun tangga ๐Ÿ˜Œ Elok aje nak sampai tangga terakhir, tiba-tiba kaki tak jejak tanah. Sekelip mata je kaki kanan rasa terlipat kat bahagian buku lali. Sakit, sangat sakit. Tapi rasa malu pon ada, sebab perasan ada beberapa orang pelajar dengan cikgu ada kat situ.  Sebenarnya ada rasa terkejut, dan terharu. Dua orang cikgu mari tolong, seorang tolong saya bangun, dan seorang lagi tolong kemas bekas dengan beg yang terjatuh. Langsung tak nampak gaya sombong, jauh cikgu nak marah atau sindir.  Sebelum ni dah banyak kali terjatuh, tapi masa tu takde orang. Kalau kat dua sekolah sebelum ni, masa jatuh, jarang orang tolong. Biasa orang terkejut, dan ketawa. Pernah sekali, Cikgu B tolong, sekali dengan anak cikgu, AQ dan N. Terharu sampai tak boleh kata apa-apa.  Masa adik sa...

KISAH TULANG YANG DILUPAKAN

Image
Masa saya sedap dan tenang je berehat, saya dengar cerita yang tak best.  "Umi, harini ada orang patah tulang, tulang siku" "kakak, jangan cerita lah ke umi, umi geli" "dok geli pon umi, tulang siku tu macam tulang ayam je, kakak ada ambik gambar, umi nak tengok?" "takmboh kak" Boleh kakak samakan tulang siku tu macam tulang ayam ๐Ÿคฎ Tapi walaupun kakak tak hantar dalam group, boleh pulak dia ambik gambar letak kat status wasap ๐Ÿ˜–   Walaupun saya rasa loya nak ss story kakak, tapi gambar ni rare lah kiranya. Jarang kota boleh ambik gambar tulang-tulang dengan handphone sendiri ◐.̃◐ Setakat tu jelah cerita harini, sekian babai ๐ŸŒป 25 Julai 2020 Btw, esok 26 Julai birthday saya ๐Ÿ’œ๐Ÿ’›๐Ÿงก

Trial STPM 2020 #melamun

Image
Harini 12 July 2020 Hari pertama trial stpm untuk semester 2 ๐Ÿค• Lawaknya, saya baru tahu harini ada peperiksaan hari Rabu minggu lepas -_- logik tak agak-agaknya?  Sebab sebelum ni, masa cikgu umum, selalu ingat "ooh lambat lagi" "ooh, tinggal 2 minggu lagi" "ooh minggu depan la start membaca" Akibat tak peka dengan tarikh, aisyyy Masa exam pengajiam am harini, 10 minit pertama, kerja saya cuma melamun "cantik jugak pemandangan luar sekolah" "kenapa pekerja tu bawak kotak sorang-sorang?" "comelnya burung tu main kejar-kejar" (´ฮต`) Ke'blur'an pada ketika itu sememangnya jelas (•ฯ‰•) Lepas tarik nafas panjang-panjang, baru terfikir nak buka balik kertas.  Sebenarnya dah tengok awal-awal masa dapat kertas, excited sebab study sungguh-sungguh pagi tadi, tiba masa buka kertas,  'belek kertas satu-satu' "kenapa yang aku baca semalam tak keluar?" "kenapa soalan esei takde pasal rukun negara?" "...

bersihkan habuk ๐Ÿฆ„

Setelah sekian lama (seminggu), akhirnya blog ini kembali dikunjungi :') Saya dah check imej atau album phone, tapi semua gambar kertas-kerjasekolah-kerjakursus plus papan putih #takmenarik๐Ÿ˜ด Jadi disebabkan tiada gambar untuk dikongsi, saya hanya taip jelah. Jumaat - pulun anime dengan adik dan kakak Sabtu - pulun kerja kursus, tak sedar perut kelaparan, jadi saya gastrik dan demam Ahad - keesokan harinya saya tak pergi sekolah, memang tak boleh bangun, tapi orang ingat tipu  -_- (ingat sedap ke sakit)  Isnin - pergi sekolah, tapi seharian orang usik sebab tak mari sekolah, yelah orang tak tahu maksud sakit tu apa ๐Ÿ˜Œ Selasa - homework-sekolah Rabu - another homework-sekolah Khamis - kktc! ๐Ÿ˜† #kasutbaruwarnamaroon ๐Ÿ˜› Sekian terima kasih!  Tapi dalam tempoh seminggu tu saya ada jumpa kata-kata,  "saya tak pernah menyesal,  kalau diberi peluang untuk memilih,  saya takkan ubah walaupun satu perbuatan" Bagi saya, hanya orang yang betul-betul kuat iman akan cak...