🥖Roti Bun Ke Sekolah🍞


Normal la roti bun orang jual 6 bun satu plastik bungkus tu, tapi umi suruh bawak ke sekolah sekaligus. Katanya takut anak perempuan ni lapar, lahai umi lapar pun takkan makan banyak tu.

🎥Drama siaran ulangan📽


🧕Lepas minum air susu, umi pun ambik roti bun sebungkus hulur.

"Awah, ambik roti ni, takut lapo kat sekoloh, umi takut awah dok turun kantin"

👧Terkejut kejap!

"Dokkan nok bowok beso tu?"
(takkan nak bawak besar tu?)

🧕Eh ke nok suh letok dalam tupperware, jap umi letok dalam tupperware eh, jap jap

👧Pastu timbul seketul rasa kesian, dah lambat pun nak pergi sekolah, biasa umi 6.40 dah kena bertolak ni dah 6.52 takkan nak lagi lambat.Jadi Syarah senyum je sambil pegang roti bun pastu naik kereta.


🧕Sampai kat sekolah lepas salam ngan umi turunla kereta, pastu umi kata, "senyum sikit, hehe"

Tak mahunya anak pergi sekolah muka masam, cara pujuk pun macam dah kawan-kawan.
👧Okayla umi awah dok masam. 

🎬The End📽

Mula-mula tu letak bawah tudung, malu roti bun tu besar. Tapi sebab fikir pelajar sekolah ni mari lepas pukul 7.05 biasanya, jadi dengan happynya keluarkan roti tu, bawak je dengan ceria. Eh tiba-tiba ramai pulak pelajar berkumpul dengan taman dekat dengan pintu pagar.

Rupanya harini ada event Fit Malaysia, jadi pelajar datang awal sebab kena sampai kat Pantai Batu Buruk tu awal. 



Endingnya, Syarah makan 2 ketul je, yang lain kita berbudi bahasa tawarkan pada orang lain. 

Alhamdulillah habis roti tu, kalau duduk kat rumah jadi tayangan je nanti tamat tarikh berkulat dah tak boleh makan. Ikhlaskan diri untuk berkongsi 💆‍♀

Comments

Popular posts from this blog

Nota Ringkas STPM BM 1 (Bahagian 5 - Akhir)

Soalan STPM Sejarah Semester 3

Contoh Wacana Retorik: Pemerian, Pemujukan, Penceritaan, Pendedahan, Penghujahan