Belajar Tak Semudah Yang Disangkakan
Serius tak sangka, ya Allah 😓
Sebelum mula elok rasanya bagi salam dulu, assalamualaikum. Hai semua.
Masuk minggU ketiga jadi pelajar Tingkatan 6 ini baru sedar pelajaran sangat mencabar. Sungguh, takde ilmu pon yang mudah kat dunia ini, kalau kita tak bersungguh-sungguh nak ilmu tu, memang akan rugi.
Harini empat subjek belajar, rasa nak nangis je sambil cikgu terang kat depan tu. Awal-awal masuk Tingkatan tengok silibus maccam okey je, macam senang sikit sebab yalah, perkara kita suka.
Pengajian Am
Masa belajar tu rasa normallah, belajar tentang negara, sejarah, undang-undang semua. Tapiii harini cikgu bagi karangan kedua untuk dibincangkan. Isu pulak tegar je tengok, berair mata baca soalan,
'Isu Kesan Pemerdagangan Manusia'. Haa, sekali keluar isu global ni terus lemah, layu aje tubuhnya jadi. Bila tanya ini salah, bila terang itu tak tepat. Tak mudah rupanya nak mengarang ini.
Tapi takpelah, entry riak sikit yang sebelum ini kita tak buang, simpan bagi buat kenangan. Nanti ada anak saudara ke boleh tunjuk makcik adiorang ni suka bercerita semua benda. #oops
Sejarah Dunia
Cikgu masuk terus tanya tentang Penyatuan Itali. Alaa, macam tahu-tahu je anak didiknya ini tak mengulangkaji kat rumah, asyik fokus drama dengan blog ini aje ahaha.
Dahla cikgu tanya siapa nak volunteer jawab, aku bisik sikit je kawan sebelah, terus orang sebut nama suruh jawab. Nasib baik ada geng kat belakang dah pergi ke depan nak jawab, tq sangat pada orang tu huhu. Terima kasih daun keladi, jasamu akan ku kenang nanti hehe.
Seni Visual
Yang ni serius tak tipu dah menangis, sendu je rasa bila cikgu minta cuba jawab soalan. Orang lain yang dah ada asas belajar subjek seni relaks je jawab, cikgu sebut sikit bagi hint terus dapat. Aku yang from zero ni melongo tengok kertas soalan, Dengan bahasanya yang menguji jiwa,raga pon jadi termerana kejap hahahah hadoilah.
So, lepas ni jangan ingat orang sebut seni ni belaja lukis-lukis je okay. Mungkin bila cakap kita belajar seni, ada orang cakap "alah, setakat lukis-lukis budak tadika boleh buat. Tak payah belajar takpe". Tapi takpelah, akan kutiupkan api semangat di dalam hati kalau ada yang kata macam tu.
last but not least,
Bahasa Melayu
Okayla, tahu bahasa Melayu ni bahasa kebangsaan, bahasa ibunda, lingua frana semua, tapi jangnlah sesekali nafikan hakikat bahasa Melayu ni senang okay. Sampa umur 18 tahun pon tetap ada buat kesalahan terutama pada tatabahasa tu.
Tadi cikgu terang satu karangan, macam mana nak buat format STPM. Jauh berbeza dengan format SPM. Bahasa puitis macam 'marcapada, peribahasa, kata pujangga' semua tu memang kena tolak tepi. Fully ikut tatabahasa betul. Tiada maaf kalau salah sikit. Tulis 80 hingga 120 patah perkataan untuk perenggan tu, kalau ada tiga kesalahan ejaan atau tatabahasa, direct dapat 1 je markah. Sia-sia mengarang panjang-panjang kalau macam tu.
Sebab tulah kita kena sentiasa belajar dalam hidup. Takde ilmu kat dunia ini yang mudah dan tak berguna. Okayla, essay MUET tu tinggal 3, darab dengan 5 perenggan jadi 15 perenggan lagi tak siap. Kita edit kasi ltak gambar cantik-cantik lain kali okay.
Comments
Post a Comment