📣Couple Matriks vs Form Six🎭
Rasanya semua maklum dua-dua tempat matriks dan sekolah form six tak dibenarkan couple. Tapi seperti peraturan lain, perkara tu hanya tertulis dalam buku peraturan dan jadi bualan cikgu-cikgu. Ibarat mencurah air ke daun keladi dan masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
Ok, mukadimah tak nak kasi panjang sebenarnya, tapi kalau dah rasa panjang tu minta maaf lah yer.
Di Matriks rahsia tu penting!
Masa saya belajar kat matriks, couple-couple ni tak nampak sangat. Bukan takde yang bercinta, tapi banyak yang suka rahsia-rahsia je. Untuk kite kite je. Peraturan kat matriks lagi ketat, semua tinggal kat asrama, kalau tak pandai sorok apa-apa kemungkinan seluruh warga matriks boleh tau kisah percintaan tu. Sebab tulah banyak kisah couple cinta yang dirahsiakan.
Kedua, serius laju!
Mungkin sebab perasaan dah masuk matriks ni taknak rasa alone, tengok orang lain bercinta rasa nak bercinta jugak. Dengar orang lain takde kekasih, sibuk pulak nak carikan, main game matching-matching gitu. Sorang senior siap cerita yang hari pertama pendaftaran pon biasanya sesi 'recruit' pakwe makwe dah pon berlangsung, uish laju beno.
Ketiga, cara dating susah dan teramat sukar.
Setakat yang didengarilah, bila seseorang tu ada kekasih atau tengah couple kat matriks, diorang hanya dating masa hujung minggu, masa outing mungkin, sebab tu je masa yang paling 'selamat', tapi yang tak berapa nak selamatnya sebab outing sekarang (untuk kebanyakan matriks) bagi lelaki dan perempuan adalah berbeza hari. Jadi daripada fikir susah nak dating hujung minggu, baik fikir nak cari grab atau teksi nak pergi makan pizza hut atau dominos pizza. Ye dok?
Okay, kita pindah tengok bahagian form six. Baru seminggu aku belajar form six, tapi adalah sikit-sikit cerita couple form six yang kita dah dengar, ihiks #telingalintahno1 .
Ramai orang mungkin tahu!
Couple kat form six macam kat sekolah biasa, takde la sampai announce umum biar satu sekolah tahu dia tengah couple (alaa macam dalam sinetron Youtube tu, tengok la kalau ada masa, ramai je pelakon yang sedap mata memandang). Lain dari matriks, kat sekolah senang sikit orang nak trace yang ada pasangan couple, dan jarang boleh dirahsiakan lama-lama. Paling tak mesti kawan semeja, satu gang atau satu kelas yang tahu. Tapi biasanya satu aras dan satu form pon boleh tau. Cerita-cerita couple ni memang hot kat sekolah, tak kira tingkatan berapa pon sebenarnya.
Kedua, ambik masa dulu!
Fitrah kat sekolah ni macam pilih baju raya, takkan nak sauk je baju mana nak pakai hari istimewa macam tu. Paling tak sejam dua confirm habis duk dalam butik. Jadi kat sekolah, setakat saya dengar biasa ambik masa seminggu dua barulah satu pihak ambil langkah, kemudian bercouplelah mereka endingnya.
Ketiga, masa dating yang senang.
Biasa orang tak keluar dengan couple je memanjang, melainkan kalau awal-awal fasa sebab nak tarik perhatian. Sebab kat sekolah pon dah ambik gambar sama-sama dalam kelas. Masa orang lain duk study cikgu takde, masa tulah sesi photography berlangsung, ataupun lepas tamat aktiviti pdp dalam kelas.
Sekian, setakat ini itu ajelah yang boleh dikongsi. Kalau ada kelapangan waktu tu, bolehla singgah-singah baca kat blog ni ye. Heee
⛔AMARAN! ⛔
Cerita ni bukan untuk galakkan orang untuk couple, tapi sekadar untuk berkongsi senario alam percintaan separuh monyet. Cikgu pon kata kemungkinan untuk ada kahwin lepas SPM tu tinggi, mungkin sebab tu lah dah cari awal-awal. Tapi nasihatnya, tumpula belajar dulu, fikir pasal keluarga dan balas jasa ibu bapa dulu, lepas tu baru fikir nak kahwin ke apa. Doa selalu pada Allah untuk hadirkan orang yang terbaik pada waktu yang terbaik bagi kita. Kadang yang baik tu datang dengan sendiri, walaupun tidak dicari ❣

Banyak topik couple sekarang ni ��
ReplyDelete