🔖Apa Cikgu Pesan Couple Zaman Belajar📚

Aiyokk Cikgu Pesan Tentang Couple Form Six. Yang ni cikgu yang first time masuk kelas lepas saya daftar.🤗

Sebab awal-awal masuk ada kursus dan hari-hari lainnya ada aje aktiviti jadi baru haritu cikgu berkesempatan masuk kelas.

Ayat cikgu macam ni la, bukan seratus peratus 100 % sama tapi lebih kurang,

👇
😙Versi original 😁
"Awok, kalu awok nok couple cikgu dok kisoh. Awok beso doh, cikgu pon takmo larang banyok-banyok. Awok nok couple kasih-kasih tu  dakpe,tapi takyoh la sapa tahap keluar dating-dating tu. Bercinta dalam chat, tepon sudoh.  Dakyohla keluo naik muto gendong same, bukan cikgu dok tau, orang buleh tengok. Dok molek, dok sedak dengo. Kekgi habis belajo dakpelah, mase tu nok kahwin buleh doh."

👇
😚Versi translate takut orang tak faham😊
(Awak, kalah awak nak couple cikgu tak kisah. Awak dah besar, cikgu pon taknak larang selalu. Awak nak couple berkasih semua takpe, tapi jangan la sampai tahap keluar dating semua. Bercinta dalam telefon je. Tak perlu keluar naik motor sama-sama, bukan cikgu tak tahu, orang boleh tengok. Tak elok, tak sedap bila dengar. Nanti habis belajar takpelah, masa tu nak kahwin pon boleh)

Kesimpulannya, apa yang cikgu pesan tu ada betulnya. Masa saya masuk matriks dan awal-awal tingkatan 6 pon ada cikgu dan pensyarah cakap,
"misi kami nak hantar awak semua pergi universiti, lepas tu rasa dah selesai tugas kami pada awak"

Cikgu atau pensyarah adalah pendidik, hati guru mana taknak tengok anak didik mereka berjaya? Ada ijazah tak menjamin apa-apa, tapi itulah usaha bukti kita dalam pelajaran. Rezeki kerja lepas jadi graduan mungkin tak berkaitan dengan apa yang kita belajar, tapi itu urusan Allah. Kerja Allah nak bagi rezeki pada hambanya, tugas kita yang lemah ni hanya berusaha, doa dan tawakal ❣️


Comments

  1. I love chocolate22 June 2019 at 20:02

    Couple masa belajar tu tak kisah, asal tak abaikan masa depan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Nota Ringkas STPM BM 1 (Bahagian 5 - Akhir)

Soalan STPM Sejarah Semester 3

Contoh Wacana Retorik: Pemerian, Pemujukan, Penceritaan, Pendedahan, Penghujahan