Pilih Keluarga👨‍👩‍👧‍👦 Dan Masa Depan📖

Lanjutan dari kisah arwah tokki meninggal, ada kisah yang menjawab persoalan saya selama ni. 

Sepupu saya ada interview untuk masuk tahfiz di KL, pada hari yang sama tokki saya meninggal. (takdir Allah, siapa sangka?) Masa tahu berita kematian tokki pukul 2/3 pagi mungkin mereka (mak saudara, dan 2 orang sepupu) dah ada kat KL. Jadi ceritanya, mereka balik ke kampung lepas sepupu saya interview, dan sampai petang (selepas tokki dikebumikan). Saya fikir takdelah terkilan mana sebab mereka dah jumpa tokki sebelum bertolak dan alang-alang dah sampai sana baik sudahkan interview. Lagi satu saya rasa seeloknya mereka tak balik pada pukul 2/3 pagi sebab bahaya.

Dalam kes ni, mungkin orang akan nampak macam masa depan lagi penting, tapi hikmahnya mereka selamat sampai kampung tanpa bahaya (untuk redah jalan raya masa gelap). 

Dalam kes lain, 2 tahun lepas,

abah saya sakit 3 hari sebelum saya ambil Peperiksaan Percubaan PT3 dan meninggal dunia pada hari terakhir saya jawab Peperiksaan PT3. Abah saya sakit selama 49 hari.

Masa 3 minggu kat hospital saya tak banyak habiskan masa untuk study, selain jaga abah saya banyak merayau dan duduk dalam ruangan solat (bukan surau sebab hanya ruang  lebih kurang 3mX2m ditutup langsir ringkas). Saya tak boleh study sebab selalu fikir "macam mana hidup aku tanpa abah", mungkin sebab saya terlalu banyak bergantung pada abah. 4 minggu di rumah pon saya tak study, bila umi keluar beli barang saya akan duduk sebelah abah, tenung abah dan jaga-jaga kalau abah bangun dari tidur. Saya selalu ponteng kelas tambahan tanpa bagitahu umi dan abah sebab tak mahu lepaskan peluang untuk bersama abah (apa yang budak 15 tahun fikirkan?), dan malam-malam hari peperiksaan saya hanya berjaga malam untuk intai cara umi jaga abah, sebab saya takut saya terkurang waktu melihat abah. Ada cikgu tegur "Abah sakit, biarlah. Yang   penting masa depan awak". Masa tu saya tak rasa teguran tu nasihat yang berguna, tapi lebih kepada nak galakkan saya pentingkan diri. Jadi saya abaikan. 4hari abah di sekolah masa minggu peperiksaan (saya sama sekolah dengan abah), saya hanya guna masa rehat untuk tolak kerusi roda, bercakap dengan abah dan teman abah. Jujur masa tu saya tak buat-buat sedih (macam yang orang kata) tapi saya cuma takut kehilangan. Dan akhirnya abah saya meninggal dunia pada hari terahkir saya jawab peperiksaan, result PT3 pon saya dapat beshe-beshe je. Tak gempak tapi saya happy, sekurang-kurangnya saya dah gunakan semua waktu yang saya ada untuk bersama abah. 


2 kes tu tunjukkan pada saya bahawa antara keluarga atau masa depan, dua-dua penting. Cuma bergantung pada kita untuk pilih yang mana bersesuaian mengikut tempat dan keadaan. Teruskan perjuangan dan jangan pernah putus asa, orang boleh kata macam-macam, tapi saya yakin keputusan yang kita buat inshaa Allah itu yang terbaik untuk kita. - 🐝

Comments

Popular posts from this blog

Nota Ringkas STPM BM 1 (Bahagian 5 - Akhir)

Soalan STPM Sejarah Semester 3

Contoh Wacana Retorik: Pemerian, Pemujukan, Penceritaan, Pendedahan, Penghujahan