Perkara Penting Apabila Ahli Keluarga Meninggal Dunia
🔔Ini perkara yang serius, semua dari kita akan menghadapinya, mungkin berbeza waktu dan situasi.
Tokki saya telah kembali ke rahmatullah pukul 2.25 pagi 29 Disember 2018. Yang saya nak ceritakan bukanlah kesedihan atau perjalanan yang saya ingat tentang kesakitan arwah, tapi ikhtibar yang kita boleh ambil bersama.
- kemungkinan besar perlu digali semula, untuk polis sahkan kematian
- mungkin akan jalankan post motern
-mungkin akan dikenakan hukuman sebab dituduh sembunyikan kematian
dan sebagainya..
Jadi ambil berat semua perkara walaupun nampak remeh, walaupun sedang menangis muka merah, pergi laporkan kematian terlebih dahulu supaya urusan lancar. Macam dalam kes arwah tokki, bapa saudara saya ketua kampung dan peguam jadi mungkin lebih mudah diselesaikan dengan perbincangan. (*nasib setiap orang tak sama, lebih baik ambil langkah berhati-hati)
Contoh mati mengejut macam
-jatuh tangga then mati
-terhantuk kepala then mati
-kemalangan jalan raya then mati
-sakit tua tanpa rawatan hospital then mati
Bagi kes yang meninggal dunia bukan di hospital tapi pernah menerima rawatan, polis akan datang dan sahkan kematian. Tapi yang tiada, perlu jalankan PM. Saranan elakkan PM sebab ia sangat menyiksa dan mengaibkan jenazah. Jenazah akan dibelah, dikeluarkan segala jantung dalam badan untuk tahu sebab utama kematian dan segala macam...
Tapi PM ni dibuat ada juga kebaikannya (selain untuk polis tulis dalam laporan sebab kematian) contohnya untuk menuntut keadilan.
-Dalam beberapa kes, punca kematian dianggap sakit jantung tapi rupa-rupanya kerana diracun. (siapa sangka?)
-Dalam kes kemalangan jalan raya pula, mungkin si mati meninggal ditembak dalam kereta, jadi terbabas dan disangka meninggal kerana kemalangan.
Setakat tu yang boleh dikongsi, mungkin sekarang bukan waktu yang anda perlu tahu tapi siapa tahu akan datang bagaimana? Kongsilah atau simpan sebagai persediaan untuk kebaikan bersama. - 🐝
Tokki saya telah kembali ke rahmatullah pukul 2.25 pagi 29 Disember 2018. Yang saya nak ceritakan bukanlah kesedihan atau perjalanan yang saya ingat tentang kesakitan arwah, tapi ikhtibar yang kita boleh ambil bersama.
1. Ambil Tahu Cara War-warkan
Masa terbangun pukul 3 pagi, kakak bagitahu "tokki takdop doh"(tokki dah tiada). Jadi lepas subuh, kami sekeluarga balik ke kampung. Masa sampai kat kampung, kawasan rumah sangat lapang. (macam bukan rumah orang meninggal) Rupa-rupanya sebab kawasan kampung, jadi sebarang berita orang maklum kat surau waktu solat. Sebab tak semua pakai whatsapp, dan tak logik nak call sorang-sorang nak bagitahu yang 'Pak Harun dah meninggal' macam berita gembira. (nak menjerit lagilah tak logik) Jadi apabila berlaku sebarang kejadian terhadap keluarga, pastikan kita dah sedia maklum cara untuk war-warkan pada orang ramai supaya senang nak minta tolong. Kalau ada group atau page kampung kat facebook dan telegram boleh follow dan jadi member, supaya bila ada kecemasan, kita tahu mana nak cari pertolongan.2. Ikut Prosedur
Seterusnya, prosedur! Masa abah meninggal, memang Pak Sahak (sepupu abah) yang tolong laporkan kematian, sebab Pak Sahak banyak kali jaga orang sakit, jadi tahu apa yang perlu buat. Tapi masa kat kampung, mungkin sebab sibuk takde sorang pon abang atau adik umi yang laporkan kematian tokki. Mungkin ramai yang tak tahu, kalau tak laporkan kematian, tak boleh dapat surat kubur jadi tak boleh kebumikan jenazah. Tapi prosedur tu mungkin orang tak ambil berat kat kampung, jadi lepas selamat arwah tokki dikebumikan, baru sedar yang kematian masih belum dilaporkan! Hati-hati dengan prosedur macam ni sebab- kemungkinan besar perlu digali semula, untuk polis sahkan kematian
- mungkin akan jalankan post motern
-mungkin akan dikenakan hukuman sebab dituduh sembunyikan kematian
dan sebagainya..
Jadi ambil berat semua perkara walaupun nampak remeh, walaupun sedang menangis muka merah, pergi laporkan kematian terlebih dahulu supaya urusan lancar. Macam dalam kes arwah tokki, bapa saudara saya ketua kampung dan peguam jadi mungkin lebih mudah diselesaikan dengan perbincangan. (*nasib setiap orang tak sama, lebih baik ambil langkah berhati-hati)
3. Elakkan Post-moterm
Yang atas memang paling penting, tapi yang ni pon penting juga. Elakkan post-motern (saya ringkaskan jadi PM). Bagi yang tak tahu, PM ni akan dibuat untuk mengetahui sebab kematian walaupun telah dijangka. PM hanya akan dibuat jika si mati meninggal dunia secara mengejut atau tiada laporan rawatan hospital.Contoh mati mengejut macam
-jatuh tangga then mati
-terhantuk kepala then mati
-kemalangan jalan raya then mati
-sakit tua tanpa rawatan hospital then mati
Bagi kes yang meninggal dunia bukan di hospital tapi pernah menerima rawatan, polis akan datang dan sahkan kematian. Tapi yang tiada, perlu jalankan PM. Saranan elakkan PM sebab ia sangat menyiksa dan mengaibkan jenazah. Jenazah akan dibelah, dikeluarkan segala jantung dalam badan untuk tahu sebab utama kematian dan segala macam...
Tapi PM ni dibuat ada juga kebaikannya (selain untuk polis tulis dalam laporan sebab kematian) contohnya untuk menuntut keadilan.
-Dalam beberapa kes, punca kematian dianggap sakit jantung tapi rupa-rupanya kerana diracun. (siapa sangka?)
-Dalam kes kemalangan jalan raya pula, mungkin si mati meninggal ditembak dalam kereta, jadi terbabas dan disangka meninggal kerana kemalangan.
Setakat tu yang boleh dikongsi, mungkin sekarang bukan waktu yang anda perlu tahu tapi siapa tahu akan datang bagaimana? Kongsilah atau simpan sebagai persediaan untuk kebaikan bersama. - 🐝
Comments
Post a Comment