🚦Nak Ambil Lesen! 🚗

Alhamdulillah, kelmarin akhirnya selesai kelas memandu wajib 6 jam (rasanya kalau tak silap) setelah berkali-kali ada halangan.
Saya seorang penakut nak belajar kereta sebab pernah kemalangan jalan raya tapi bila orang sebut tentang 'belajar kereta' rasa macam trauma pon ada.

1. Rancang Tarikh

Please! Pilih tarikh yang sesuai, kalau nak berjalan dengan lancar, pilih tarikh yang paling helok. Biasa orang buat lepas SPM, kalau nak cepat habis pilih tarikh yang paling dekat selepas hari terakhir SPM. Biasa pelajar sastera habis awal SPM, haa boleh daftar masuk kelas selalu. Tak payah bersesak dengan pelajar lain yang belum tamat. Sebab boleh elakkan stress tunggu lama-lama.

Tips bagi orang yang paling suka akan ketenanga, boleh pilih tarikh yang paling jarang orang buat, contoh bagi pelajar lepasan SPM ialah hari pertama orang pergi sekolah, confirm tak sesak sebab budak tingkatan 4 tahun lepas yang nak ambil lesen motor dah pergi sekolah. Macam saya ambil 1 Januari 2019, tak sesak sampai kelas motor kena campur dengan kelas kereta, orang terlalu sedikit. 

2. Mari Awal

Untuk pengetahuan anda (sesiapa yang masih belum tahu) waktu mendaftar kebiasaannya bermula pukul 8 dan kena masuk kelas bermula pukul 9 pagi sampai pukul 4.30 petang (termasuk rehat). Jadi kalau dah tahu nak ambil kelas memandu esok, sila tidur awal dan bangun awal. Kalau bangun lewat juga, siap solat pecut je ke tempat belajar memandu sebab memang biasa orang dah sampai awal beratur berkumpul depan tempat daftar. Tak kisah la muka baru bangun tidur pon, kat situ ada pili air bawah pencuci muka basuh je muka kasi nampak segar. Saya jakun dulu jadi mari nak daftar kereta pukul 3.30 petang, elok sejam lagi orang nak habis kelas, adoi.


3. Kalau nama panjang...

Bagitahu kat kaunter "nama saya panjang"
Yang ni dengar macam pelik, tapi diadaptasi dari cerita benar bahawasanya saya telah ditendang dari sistem hingga tidak boleh masuk kelas kerana nama terlalu panjang (takdelah panjang mana 3 perkataan je, tapi masuk nama ayah campur 'binti' jadi 7 perkataan, 46 huruf tak termasuk senggang, *gulp) Saya beratur depan sekali, tunggu 2 jam, sekejap boleh duduk, lama kena berdiri, nama kena panggil 3 kali sampai ramai dah cam nama saya tapi last-last elok je akak kaunter bagitau "Dik, nama adik panjang sangat, jadi tertendang dengan sistem, sepatutnya saya masukkan secara manual tapi nak buat macam mana, tak tahu jadi macam ni" dan dengan senyuman segaris saya berlalu pergi.. 

Jadi kalau nama awak panjang contoh "Puteri Nur Dayang Intan Perak" dan lagi panjang dari tu sila bagitahu akak atau abang kaunter  sila bagitahu "nama saya panjang, mungkin kena masukkan secara manual". Cakap macam tu, nanti takdelah kena marah sebab nama panjang, sebab kita dah bagi bagitau awal-awal. Kalau nama macam "Muhammad Adi bin Abu" tu takpe inshaaAllah.

*biasa pusat belajar kereta hanya adakan 2 hari seminggu pemdaftaran sekali dengan kelas, setakat saya jumpa hari Selasa dan Sabtu, jadi pastikan tarikh yang betul sebelum pergi ke pusat belajar memandu. 

Setakat inisahaj, kalau berkelapangan jemputlah baca entry yang lain juga.

Comments

Popular posts from this blog

Nota Ringkas STPM BM 1 (Bahagian 5 - Akhir)

Soalan STPM Sejarah Semester 3

Contoh Wacana Retorik: Pemerian, Pemujukan, Penceritaan, Pendedahan, Penghujahan