Sekadar Luahan

Malam ni dada saya rasa sangat sebak. Kepala rasa macam sangat berat. Terlalu banyak perkara yang saya fikirkan sampai saya tak boleh tidur kerana serabut. 

Saya benci. Untuk buat perkara yang saya tak suka, perkara yang tak serasi untuk hidup saya. Saya rasa tersekat, untuk puaskan hati orang, untuk memenuhi tanggapan orang. Saya lelah bila harus berusaha bersungguh sungguh untuk lihat orang lain bahagia, walaupun hakikatnya hati saya bukan di situ. 


Saya masih mentah, budak berusia 17 tahun yag masih tak kenal sepenuhnya erti kehidupan, tapi satu saya pegang dalam hidup, "SEMUA MANUSIA ADA PELUANG UNTUK BERJAYA" sebab tu saya sangat percaya ada berjuta cara untuk seseorang berjaya, tapi masyarakat sekarang hanya pandang pelajaran adalah utama dan segala-galanya. Hanya akdemik yang mampu ubah hidup kita, tiada istilah bakat atau minat, peluang yang ada cuma perlu cemerlang akademik. 


Saya hidup dengan mentaliti tersebut berbelas tahun, dan kerana saya banyak membaca kisah hidup orang, saya percaya tanggapan itu salah. Walaupun pada hakikatnya keluarga pon mengatakan itu adalah pemikiran yang pelik. Saya tulis ini hanya untuk melepas sedikit beban fikiran. Di sini, tiada yang akan menentang, yang ingin membaca pon kurang, jadi saya lebih terbuka untuk meluahkan. 


Saya tahu tak selamanya saya akan bertahan dalam situasi ini, tapi suatu saat saya akan buktikan apa yang pernah saya katakan iaitu "Dengan semangat berdasarkan minat dan bakat juga boleh buatkan seseorang berjaya". :')

Comments

Popular posts from this blog

Nota Ringkas STPM BM 1 (Bahagian 5 - Akhir)

Soalan STPM Sejarah Semester 3

Contoh Wacana Retorik: Pemerian, Pemujukan, Penceritaan, Pendedahan, Penghujahan