๐Ÿณ‍๐ŸŒˆ Ogos Ohsem ๐Ÿ


Bulan Ogos memang sinonim dengan kemerdekaan Malaysia, tapi catatan kali ini bukan bertema patriotik tapi suatu cerita yang bermakna untuk hidup saya.

Sejak tingkatan 1, saya boleh dikatakan peserta yang aktif menyertai banyak pertandingan yang bertema kemerdekaan, kebersihan, disiplin terutama berkaitan seni. Sejujurnya bukan sepenuhnya kerana minat, tapi sebab ganjarannya agak lumayan bagi seseorang bergelar pelajar. Contohnya fail, clear holder dan paling menarik duit #kecingkeing. Saya pernah dapat RM61 untuk satu pertandingan bertema disiplin hanya dengan tulis esei dan berpidato. Seronok masa tu sebab menjana pendapatan agak mudah bila pandai cari peluang.

Tapi lain cerita bila pindah sekolah, saya hajat nak masuk pertandingan sebab nak buat Abah bangga dan gembira. Untuk tambahkan keseronokan saya ajak kawan kawan untuk masuk sekali, tapi takdirnya masa hari pertandingan saya nak teman Abah di hospital, jadi saya tak masuk pertandingan lakonan. Sebab nak buat Abah tetap bangga, dan saya fikir boleh bagi semangat walaupun sikit pada Abah, saya tulis puisi sebab acara tu kurang penyertaan. Hadiahnya dapat tuala, dan kebetulan hari saya dapat hadiah Abah dah boleh pulang dari hospital.

Jadi saya buka pembalut hadiah dengan abah, saya cakap "Abah, awah menang tulis puisi", tapi Abah tak jawab dan hanya senyum sebab Abah tahu kot bakat tu diwarisi dari beliau. Saya basuh tuala tu, tuala yang berwarna ungu gelap dan buat lap badan Abah sebab Abah selalu rasa panas. Tuala tu la yang berjasa sampai hari terakhir Abah hembuskan nafas terakhir.

Selepas tu saya tak sertai apa apa lagi pertandingan sebab saya sedih dan tak mampu tahan perasaan saya. Saya rasa bersalah dan selalu nak menangis bila ingat saat tu. Itulah Ogos yang bermakna, saat saya masih bersamanya๐Ÿ’Ÿ
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Ps: hari jadi Abah pon bulan Ogos ๐Ÿ˜‡

Comments

Popular posts from this blog

Nota Ringkas STPM BM 1 (Bahagian 5 - Akhir)

Soalan STPM Sejarah Semester 3

Contoh Wacana Retorik: Pemerian, Pemujukan, Penceritaan, Pendedahan, Penghujahan