♨️Sambut Arafah Dengan Rambutan 🍴


Saya nak guna cara rare dan tak pernah dibuat orang, "untuk sambut Arafah dalam kebun rambutan!!! 


Perkara paling tak dirancang dan tak difikirkan sebab orang kalau puasa mesti letih, nak rehat je kat rumah, takpun nak jalan- jalan tempat ada aircond macam mall ke tapi sebab Umi cakap dah lama tak pergi kebun Rantau Panjang jadi kita relakan jiwa dan raga ni 😭

 Masa mula mula pergi bersemangat bukan main, nampak je rambutan kutip, pilih yang merah merah maroon sebab nampak paling sedap. Panas jangan cerita macam duduk dalam sauna asli, jadi faham faham la macam mana peluh mengalir dah macam air terjun #jushjush





Kami mula kutip buah dari pukul 3 petang sampai pukul 6 petang. Nak bertahan 3 jam dalam panas tu hanya tuhan yang tahu rasanya, tapi seronok tu tak boleh nak cakap. Masa nak heret bawak masuk  frontier, boleh pulak plastik tu carik arhhgghh stress bukan main masa tu, takkan nak  heret kot, lelaki sejati pon kalau angkat berkilo kilo buah dalam guni pun dah mengah, habis kalau perempuan? Tapi sebab fikir nak balik, ku gagahi jua mengangkat seguni rambutan dengan lafaz bismillah, hush ajaib gila boleh angkat!! Tapi plastik tu paras lutut je sebab berat sangat 😅




Mungkin orang lain akan fikir, apa nak heran ada kebun rambutan tapi cuba fikir balik.... Adakah anda pasti anda langsung tak heran? Grrr hahhaaha Orang lain nak makan rambutan pergi beli tepi jalan RM4 sekilo, tepi pantai RM5 sekilo, kat pasar buah pulak RM10 untuk 3 kilo. Tu la kot paling murah, tu pon belum tentu manis dan semua boleh makan tak buruk, ye ke idok? Tepuk perut tanya selera, okay? 

Comments

Popular posts from this blog

Nota Ringkas STPM BM 1 (Bahagian 5 - Akhir)

Soalan STPM Sejarah Semester 3

Contoh Wacana Retorik: Pemerian, Pemujukan, Penceritaan, Pendedahan, Penghujahan