Posts

Showing posts from 2018

♨️Sambut Arafah Dengan Rambutan 🍴

Image
Saya nak guna cara rare dan tak pernah dibuat orang, "untuk sambut Arafah dalam kebun rambutan!!!  Perkara paling tak dirancang dan tak difikirkan sebab orang kalau puasa mesti letih, nak rehat je kat rumah, takpun nak jalan- jalan tempat ada aircond macam mall ke tapi sebab Umi cakap dah lama tak pergi kebun Rantau Panjang jadi kita relakan jiwa dan raga ni 😭  Masa mula mula pergi bersemangat bukan main, nampak je rambutan kutip, pilih yang merah merah maroon sebab nampak paling sedap. Panas jangan cerita macam duduk dalam sauna asli, jadi faham faham la macam mana peluh mengalir dah macam air terjun #jushjush Kami mula kutip buah dari pukul 3 petang sampai pukul 6 petang. Nak bertahan 3 jam dalam panas tu hanya tuhan yang tahu rasanya, tapi seronok tu tak boleh nak cakap. Masa nak heret bawak masuk  frontier, boleh pulak plastik tu carik arhhgghh stress bukan main masa tu, takkan nak  heret kot, lelaki sejati pon kalau angkat berkilo kilo buah dalam guni pun d

🏳‍🌈 Ogos Ohsem 🏁

Bulan Ogos memang sinonim dengan kemerdekaan Malaysia, tapi catatan kali ini bukan bertema patriotik tapi suatu cerita yang bermakna untuk hidup saya. Sejak tingkatan 1, saya boleh dikatakan peserta yang aktif menyertai banyak pertandingan yang bertema kemerdekaan, kebersihan, disiplin terutama berkaitan seni. Sejujurnya bukan sepenuhnya kerana minat, tapi sebab ganjarannya agak lumayan bagi seseorang bergelar pelajar. Contohnya fail, clear holder dan paling menarik duit #kecingkeing. Saya pernah dapat RM61 untuk satu pertandingan bertema disiplin hanya dengan tulis esei dan berpidato. Seronok masa tu sebab menjana pendapatan agak mudah bila pandai cari peluang. Tapi lain cerita bila pindah sekolah, saya hajat nak masuk pertandingan sebab nak buat Abah bangga dan gembira. Untuk tambahkan keseronokan saya ajak kawan kawan untuk masuk sekali, tapi takdirnya masa hari pertandingan saya nak teman Abah di hospital, jadi saya tak masuk pertandingan lakonan. Sebab nak buat Abah tetap ban

Sekadar Luahan

Malam ni dada saya rasa sangat sebak. Kepala rasa macam sangat berat. Terlalu banyak perkara yang saya fikirkan sampai saya tak boleh tidur kerana serabut.  Saya benci. Untuk buat perkara yang saya tak suka, perkara yang tak serasi untuk hidup saya. Saya rasa tersekat, untuk puaskan hati orang, untuk memenuhi tanggapan orang. Saya lelah bila harus berusaha bersungguh sungguh untuk lihat orang lain bahagia, walaupun hakikatnya hati saya bukan di situ.  Saya masih mentah, budak berusia 17 tahun yag masih tak kenal sepenuhnya erti kehidupan, tapi satu saya pegang dalam hidup, "SEMUA MANUSIA ADA PELUANG UNTUK BERJAYA" sebab tu saya sangat percaya ada berjuta cara untuk seseorang berjaya, tapi masyarakat sekarang hanya pandang pelajaran adalah utama dan segala-galanya. Hanya akdemik yang mampu ubah hidup kita, tiada istilah bakat atau minat, peluang yang ada cuma perlu cemerlang akademik.  Saya hidup dengan mentaliti tersebut berbelas tahun, dan kerana saya banyak membaca ki

😑Panggil La Nama Saya Betul

Selalu aku dengar orang cakap macam tu bila dengar nama SYARAH. Mungkin sebab jarang dengar ataupun rasa nama dia terlalu normal πŸ˜›  Pelik tu unik dan istimewa, remember that 😎 Kali pertama dengar orang cakap macam tu masa kat pusat asuhan, sebab saya selalu tegur kenapa orang panggil 'sara'atau 'sarah' tapi tak boleh panggil dengan betul. Dan semakin membesar, semakin banyak nama yang 'dicipta' orang lain untuk aku sebab tak boleh sebut sebetulnya. Contohnya,  Cg KH panggil Syaroh sebab dia cakap lidah orang berusia sebut nama kena ada slang arab sikit, betul ek?  Cg Sn panggil Mek Sara sebab nak bezakan dengan anaknya nama Maisarah, sama ke nama tu?  Mak saudara panggil Sarah sebab senang nak sebut, habis bukan sukukata 'Sya' dengan 'Rah' tu pon dah senang nak sebut? #takpaham😣 Dan ada beberapa nama yang dah out dari nama asal aku seperti,  Cg Sj panggil Maisarah dari awal tahun sampai nak habis sekolah, padahal cikgu kenal saya dari

πŸ“• Catatan Ke Melaka 🏞

Image
Aku akan cuba buat cacatan setiap masa  Cacatan ni aku buat masa kat Melaka, jadi ia bukan cerita dan tiada penerangan yang detail. Cuma perkongsian sebab ada pengalaman kat sana hihik.  Sebenarnya ni kali kedua pergi Melaka, kali pertama masa tingkatan 3 rombongan kelas paling ceria #takriakjangankecam tapi kempunan sebab tak boleh naik Taming Sari huahua, jadi satu satunya niat pergi lawatan ni untuk naik benda tu aje ayoyo  πŸ•ΈπŸ•ΈπŸ•ΈπŸ•ΈπŸ•ΈπŸ•ΈπŸ•Έ #SyarahMelaka KHAMIS 21:48 - 28062018 Thu πŸ˜„ Sy perempuan pertama naik atas bas yuhuuu  Padahal last sekali sampai sekolah ecece  Walaupun 18 lelaki 12 perempuan, i'm trying to enjoy the trip. Wehihi  Budak sebelah nama Husna, (tak sempat interview lebih lebih la pulak 😡) JUMAAT 4:42 - baru bangun dan sakit perut  5:55 - sampai melaka (masjid)  7:58 - keluar masjid dan makan pagi  9:19 - zoo!🐱 12:22 - Masjid again πŸ‘€ 14:58 - Habis shopping g ambik bdoo llki  15:30 - Zoo Melaka again hihik  18:25 - SMK Dato' Dol S

🧟‍♀ Kongsi Cerita Cari Handsock 🧀

Image
Okay, tajuknya mungkin over tapi serius itu apa yang saya rasa. Yes, banyak handsock (sarung tangan) yang boleh kita dapat sama ada kat mall ataupun stall. Tapi yang jadi masalah bila saya tak tahu nama handsock tu! Maklumlah zaman sekarang semua kena ada nama, sampai handsock pon kena ada nama kan. Fenomena tak tahu nama handsock ni memang dah lama sejak dari form 1. Dan jadi makin susah nak cari sebab handsock dah wujud pelbagai patern, colour dan material. Kalau geng pernah duduk asrama, mesti tahu terlalu banyak barang yang dijual dan ditawarkan. Ceh macam article promote barang. Alkisahnya, masa form 1 ada tengok akak mpa (majlis pengawas asrama) jual handsock depan surau masa nak masuk waktu maghrib. (Hmm strategik betul tempat dan waktunya) Masa mula-mula tengok serius berkenan sebab nampak cute je, tapi sebab tak bawak duit jadi tak jadi beli. Balik rumah niat nak cari kat kedai, tapi tak jumpa jumpa. Habis facebook dengan blog aku selongkar nak cari handsock tu. Pastu dap

Bila Saya Hilang Semua Harapan

Rasanya tak perlu luah tentang perkara ni, tapi memandangkan memang tak ramai yang baca blog ni, jadi dengan senang hati saya boleh menulis. Tiba tiba rasa diri ni kosong, macam tak berguna, hidup pun kadang rasa menyusahkan orang. Yes, tak sepatutnya kita sebagai manusia cakap/tulis perkara macam ni. Tapi kerana saya manusia la saya boleh rasa dan fikir macam ni. Saya mula hilang semua harapan bila saya rasa Allah uji saya sangat berat, hilang orang tersayang, keyakinan diri rasa macam makin menurun, dan semua usaha rasanya kurang atau kadang kadang langsung tak membuahkan hasil. Sebagai manusia, memang kita wajib mencuba, kita pun kenal apa erti putus asa. Bila kita usaha tapi kita tak dapat, bukan sekali malah berkali kali, tiada/kurang orang yang beri semangat tambah rasa rendah diri yang melampau dan akhirnya saya hanya mampu tarik nafas dan memhembuskannya dengan berat. Saya rasa sedih bila saya tak dapat selesaikan soalan yang cikgu beri walaupun dah belajar, keputusan ujian

πŸ… Kalah 2 Kali Tetap Cuba Lagi πŸŽ–

Image
Yup, dua kali! Tapi untuk satu pertandingan lah, takdela sampai masuk dua pertandingan, yang penting kami (atau sebahagiannya) cuba.  So what? Sejujurnya kenapa masuk bahas?  Minat? Nah~ takde minat pun orang masuk.  Kawan? Pun tak sebab Yusra (dua dari kiri) bukan sekelas dengan aku pun masa tingkatan 3, tapi sebab nak nak nak nak sangat masuk Ihtifal Ilmi Thanawi aka MUSMAT aka Musabaqah dari tingkatan 1  πŸ‘‰πŸ‘ˆ  dan disebabkan bahas paling kurang saingan dan syarat yang cikgu tetapkan tak ketat,  jadi kita pun apa lagi? On! Masa tu fikir nak masuk sebab nak pergi jalan sekolah lain,  tengok suasana pertandingan (maklumlah si jakun baru dapat peluang), yang penting ada masa nak REHAT dari belajar. Eleh tipulah ada orang yang tak pernah guna alasan permainan ke pertandingan nak skip kelas, kan?  Tak perlu tunggu lama, memang dari awal nampak takde peluang la #sayafikir sebab nampak semangat memang ke laut. Yang aku tahu tak semua masuk sebab minat dan sanggup berjuang