Bila Saya Hilang Semua Harapan

Rasanya tak perlu luah tentang perkara ni, tapi memandangkan memang tak ramai yang baca blog ni, jadi dengan senang hati saya boleh menulis.
Tiba tiba rasa diri ni kosong, macam tak berguna, hidup pun kadang rasa menyusahkan orang. Yes, tak sepatutnya kita sebagai manusia cakap/tulis perkara macam ni. Tapi kerana saya manusia la saya boleh rasa dan fikir macam ni.
Saya mula hilang semua harapan bila saya rasa Allah uji saya sangat berat, hilang orang tersayang, keyakinan diri rasa macam makin menurun, dan semua usaha rasanya kurang atau kadang kadang langsung tak membuahkan hasil.
Sebagai manusia, memang kita wajib mencuba, kita pun kenal apa erti putus asa. Bila kita usaha tapi kita tak dapat, bukan sekali malah berkali kali, tiada/kurang orang yang beri semangat tambah rasa rendah diri yang melampau dan akhirnya saya hanya mampu tarik nafas dan memhembuskannya dengan berat.
Saya rasa sedih bila saya tak dapat selesaikan soalan yang cikgu beri walaupun dah belajar, keputusan ujian macam tak selari dengan usaha, dan bila diluahkan apa yang saya dapat? Hanya sedikit beri dorongan selebihnya selalu marah marah.
Usaha. Doa. Tawakal.
Tiga perkataan yang mudah disebut tapi hakikatnya sukar diamalkan kerana bagi saya , manusia seperti saya kurang rasa syukur dan redha. #sayaperlukekuatan

Comments

Popular posts from this blog

Nota Ringkas STPM BM 1 (Bahagian 5 - Akhir)

Soalan STPM Sejarah Semester 3

Contoh Wacana Retorik: Pemerian, Pemujukan, Penceritaan, Pendedahan, Penghujahan