๐ Kalah 2 Kali Tetap Cuba Lagi ๐
Yup, dua kali! Tapi untuk satu pertandingan lah, takdela sampai masuk dua pertandingan, yang penting kami (atau sebahagiannya) cuba.
So what? |
Sejujurnya kenapa masuk bahas?
Minat? Nah~ takde minat pun orang masuk.
Kawan? Pun tak sebab Yusra (dua dari kiri) bukan sekelas dengan aku pun masa tingkatan 3, tapi sebab nak nak nak nak sangat masuk Ihtifal Ilmi Thanawi aka MUSMAT aka Musabaqah dari tingkatan 1
๐๐ dan disebabkan bahas paling kurang saingan dan syarat yang cikgu tetapkan tak ketat, jadi kita pun apa lagi? On!
Masa tu fikir nak masuk sebab nak pergi jalan sekolah lain, tengok suasana pertandingan (maklumlah si jakun baru dapat peluang), yang penting ada masa nak REHAT dari belajar. Eleh tipulah ada orang yang tak pernah guna alasan permainan ke pertandingan nak skip kelas, kan?
Tak perlu tunggu lama, memang dari awal nampak takde peluang la #sayafikir sebab nampak semangat memang ke laut. Yang aku tahu tak semua masuk sebab minat dan sanggup berjuang bersungguh-sungguh. Hanya seorang yang minat dari tingkatan 1/2, yang lain sebab diajak, cikgu suruh, cikgu minta, dan cikgu rekrut. Sebab kalah tu bukan salah mana-mana pihak, tapi.. mungkin sebab usaha tak konsisten, tak tepat waktu, suka lepas tangan dan tak ikhlas buat kerja. #sissedardiri hahhaa
Walaupun untuk perlawanan pertama (kat SMA Ittifakiah) bahang kemenangan tu boleh dirasa #cewah tapi sebab beberapa faktor (tak termasuk faktor homestay takde air pagi sebelum sampai sekolah tu) kitaorang kalah... Sob sob ๐ค nota: jangan over confident, nanti senang kalah
Kali kedua kat sekolah sendiri #SMASIDterchenta๐ค dan lagi dan lagi lagi lagi takde rezeki. Sekali kena lawan dengan bakal juara yang jurulatih pembahas terbaik kebangsaan #apadaa (bagi la kumpulan lemah sikit, senang kitaorang nak jentik bagai gigi tak berkalsium #perasan) tapi sebab kitaorang level positif tahap tertinggi, relaks je terima kekalahan dengan jadi busker lagu jaz dari mata, ambil kontrak buat iklan granola siap ada video lagi #bangga dan draf movie dengan drama yang nak tengok lepas habis bahas yahoooo.
Dan selepas semua yang berlaku pada 2017 dalam team bahas (ayat skema habis), saya dengan tanpa rela sekali lagi masuk team bahas 2018. Maklumlah kita malas nak tolak pelawaan cikgu ni (cehhh perasan sangat Syarah ni) sebab tekad nak jadi pelajar yang baik kan ๐ (berkali ganda perasan rupanya). Memang perjalanan tak seindah kabar, tapi sebab kesan #anaredha 2017 masih tersisa, jadi kami tetap dengan pegangan kami dan tidak akan berganjak seinci pon dari pendirian ini (masuk mood bahas jap)
Comments
Post a Comment