Posts

Showing posts from June, 2019

Belajar Tak Semudah Yang Disangkakan

Image
Serius tak sangka, ya Allah 😓 Sebelum mula elok rasanya bagi salam dulu, assalamualaikum. Hai semua. Masuk minggU ketiga jadi pelajar Tingkatan 6 ini baru sedar pelajaran sangat mencabar. Sungguh, takde ilmu pon yang mudah kat dunia ini, kalau kita tak bersungguh-sungguh nak ilmu tu, memang akan rugi. Harini empat subjek belajar, rasa nak nangis je sambil cikgu terang kat depan tu. Awal-awal masuk Tingkatan tengok silibus maccam okey je, macam senang sikit sebab yalah, perkara kita suka. Pengajian Am Masa belajar tu rasa normallah, belajar tentang negara, sejarah, undang-undang semua. Tapiii harini cikgu bagi karangan kedua untuk dibincangkan. Isu pulak tegar je tengok, berair mata baca soalan, 'Isu Kesan Pemerdagangan Manusia'. Haa, sekali keluar isu global ni terus lemah, layu aje tubuhnya jadi. Bila tanya ini salah, bila terang itu tak tepat. Tak mudah rupanya nak mengarang ini. Tapi takpelah, entry riak sikit yang sebelum ini kita tak buang, simpan bagi

📑 Kali Pertama Hantar Karangan PA 📚

Image
Kita close up markah je, tak riak ni, tapi senang nak throwback balik nanti  Assalamualaikum dan hai semua! Kali ni menulis dengan dipenuhi rasa malas, tapi fikir-fikir balik, tak boleh la malash malash ni, nanti semua kerja tak jadi 😅 Dalam ngantuk-bosan-nak tidur mood sekarang ni, ingat nak kongsi macam mana kali pertama hantar karangan PA, hihik. Yelah, bila masuk lewat tak banyak perkara faham, kerja sekolah pon banyak terlepas, jadi kali ini dapat kerja tu terus rasa excited teruja gitu nak buat #acahrajinmood 😴 Oh lupa, PA tu Pengajian Am. Orang ambik masa STPM, dalam subjek tu banyak belajar, pengetahuan am, sejarah, undang-undang dan macam-macam lagi. Tak macam nama nya yang 'am' tu, silibus nya sangatlah 'khas' atau khusus. 😬 Ceritanya tengah dengar lagu, pasang earphone lagi sebab taknak bagi mengantuk, memang niatnya bila cikgu mula mengajar nak slowkan bunyi, tiba-tiba cikgu panggil 'Tengku Syarah'. Ingatkan cikgu dah nampak

🤤 Keropok Paling Sedap Di Dungun 😋

Image
Kepok paling sedak kat Dungun. Terai kalu dok caye. Tobat arh. Dalam plastik je mampu gambar, sebab ambik terus ngappp!!! 😋 Serius sedap, kalau tak percaya memang kena cuba. Bila dah pekena sekali, memang nak berkali. Vivy Yusof pon pernah berhenti dengan team FV masa diorang ada company trip kat Dungun. Mungkin sebab tempat nya strategik, tepi jalan dan depan surau. Jadi senang nak berhenti, parking pon banyak ruang. Boleh search "Keropok Cap Bot Nelayan" Lain orang lain taste, ada orang rasa Keropok Sura lagi best sebab tak keras, senang nak makan. Bagi saya Keropok Cap Bot Nelayan atau ramai orang panggil Keropok Haji Zainal Abidin sedap sebab isi penuh, keropok Sura pulak banyak angin kat dalam, tapi best untuk budak-budak makan masa panas-panas. Remaja dan orang dewasa pon ramai makan, sebab best. Keropok memang berminyak, jadi untuk jaga kesihatan serap guna tisu dulu😚 Lokasi Keropok Cap Bot Nelayan ni hadapan Surau Haji Zainal Abidin, dengan de

🔖Apa Cikgu Pesan Couple Zaman Belajar📚

Aiyokk Cikgu Pesan Tentang Couple Form Six. Yang ni cikgu yang first time masuk kelas lepas saya daftar.🤗 Sebab awal-awal masuk ada kursus dan hari-hari lainnya ada aje aktiviti jadi baru haritu cikgu berkesempatan masuk kelas. Ayat cikgu macam ni la, bukan seratus peratus 100 % sama tapi lebih kurang, 👇 😙Versi original 😁 "Awok, kalu awok nok couple cikgu dok kisoh. Awok beso doh, cikgu pon takmo larang banyok-banyok. Awok nok couple kasih-kasih tu  dakpe,tapi takyoh la sapa tahap keluar dating-dating tu. Bercinta dalam chat, tepon sudoh.  Dakyohla keluo naik muto gendong same, bukan cikgu dok tau, orang buleh tengok. Dok molek, dok sedak dengo. Kekgi habis belajo dakpelah, mase tu nok kahwin buleh doh." 👇 😚Versi translate takut orang tak faham😊 (Awak, kalah awak nak couple cikgu tak kisah. Awak dah besar, cikgu pon taknak larang selalu. Awak nak couple berkasih semua takpe, tapi jangan la sampai tahap keluar dating semua. Bercinta dalam telefon je. Tak per

🥖Roti Bun Ke Sekolah🍞

Normal la roti bun orang jual 6 bun satu plastik bungkus tu, tapi umi suruh bawak ke sekolah sekaligus. Katanya takut anak perempuan ni lapar, lahai umi lapar pun takkan makan banyak tu. 🎥Drama siaran ulangan📽 🧕Lepas minum air susu, umi pun ambik roti bun sebungkus hulur. "Awah, ambik roti ni, takut lapo kat sekoloh, umi takut awah dok turun kantin" 👧Terkejut kejap! "Dokkan nok bowok beso tu?" (takkan nak bawak besar tu?) 🧕Eh ke nok suh letok dalam tupperware, jap umi letok dalam tupperware eh, jap jap 👧Pastu timbul seketul rasa kesian, dah lambat pun nak pergi sekolah, biasa umi 6.40 dah kena bertolak ni dah 6.52 takkan nak lagi lambat. Jadi Syarah senyum je sambil pegang roti bun pastu naik kereta. 🧕Sampai kat sekolah lepas salam ngan umi turunla kereta, pastu umi kata, "senyum sikit, hehe" Tak mahunya anak pergi sekolah muka masam, cara pujuk pun macam dah kawan-kawan. 👧Okayla umi awah dok masam.  🎬The End📽 Mula-mula tu l

📣Couple Matriks vs Form Six🎭

Rasanya semua maklum dua-dua tempat matriks dan sekolah form six tak dibenarkan couple. Tapi seperti peraturan lain, perkara tu hanya tertulis dalam buku peraturan dan jadi bualan cikgu-cikgu. Ibarat mencurah air ke daun keladi dan masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Ok, mukadimah tak nak kasi panjang sebenarnya, tapi kalau dah rasa panjang tu minta maaf lah yer. Di Matriks rahsia tu penting! Masa saya belajar kat matriks, couple-couple ni tak nampak sangat. Bukan takde yang bercinta, tapi banyak yang suka rahsia-rahsia je. Untuk kite kite je. Peraturan kat matriks lagi ketat, semua tinggal kat asrama, kalau tak pandai sorok apa-apa kemungkinan seluruh warga matriks boleh tau kisah percintaan tu. Sebab tulah banyak kisah couple cinta yang dirahsiakan. Kedua, serius laju! Mungkin sebab perasaan dah masuk matriks ni taknak rasa alone, tengok orang lain bercinta rasa nak bercinta jugak. Dengar orang lain takde kekasih, sibuk pulak nak carikan, main game matching-matching gitu.