Lukis Blender Masa Cuti Covid-19 😫

 
   Sebenarnya kerja rumah 'lukis blender' ni cikgu bagi sebelum cuti, sebelum perintah kawalan berkurung ni lagi. Tapi masa cikgu mintak hantar dalam group whatsapp tu PM dah umum perintah berkurung, jadi kira homework 'PKP Covid-19' jugaklah kan?  πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

   First cikgu hantar dalam group dua keping gambar blender.
1. Yang perlu dilukis
2. Sebagai rujukan

   'Yang perlu lukis' tu kena titikberatkan rupa, bentuk, jalinan (licin), kadar banding (bahagian atas besar, bawah kecik) dan tona (cerah gelap, termasuk kesan cahaya)

   Di bawah ni contoh-contoh kawan-kawan awah hantar, cantik-cantik je,  berbakat sangat sorang-sorang πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†


Ulasan : Dah pandai bina bentuk 3d 
πŸ‘πŸ‘πŸ‘


Ulasan : Dah cantik... πŸ‘πŸ‘ Cuma kadar banding bekas tu tak sepadan dengan saiz ibu blender, satu lagi ibu blender terlebih lebar sedikit, keseluruhan dah pandai dah πŸ‘πŸ‘πŸ‘ Ton pon dah ada nampaknya


Ulasan : Cantik.. 
Dah ada ton & kadar banding pon betul. Cuma butang-butang tu kena selari dengan kecondongan papan ibu blender


Ulasan : keseluruhan dah okay sangat, tapi balancing tak sekata ... Bagus πŸ‘πŸ‘πŸ‘


Ulasan : keseluruhan dah ok. Nampak perspektif. πŸ‘ kadar banding perlu diberi perhatian lagi & kecondongan butang perlu untuk menampakkan perspektif 3D


Ulasan : sempurna.... πŸ‘πŸ‘πŸ‘  cuma, kalau bukan kerana condong kamera, cikgu nampak macam kadar banding kurang tepat. Yang lain ok sangat dah, termasuk teknik ton awak πŸ‘πŸ‘πŸ‘


Ulasan : Peniruan yang baik ..πŸ‘ cuma kena lebihkan detail lepas ni. Terlalu asas hasil lukisan ni. Ton masih perlu dikemaskan untuk menampakan kesan 3D. Kesan garisan lengkung akan menampakkan 3D

Ulasan : Bagus... kadar banding tepat. Perspektif ada. Ton pun menarik. Balancing perlu dibaiki .... Kecondongan butang tak selari dengan kecondongan papan tu. 

   Jadi tu semua contoh - contoh hasil kami sekelas 😊 Semua lukisan disertakan dengan ulasan cikgu, termasuk '...' tu dan emoji 'πŸ‘' sekali awah copy. 

   Lepas hantar hasil tu, berdebar tunggu ulasan cikgu. Lepas terima ulasan, ada jugak rasa sedih, rasa dah buat yang terbaik, rasa hasil tak memuaskan dan macam-macam. Tapi yang penting semua akan cakap 'Ok cg, terima kasih'. Sebab kita semua student, semua belajar. Bila dapat ulasan,  baru kita boleh baiki kesilapan kita. 

   p/s : lukis blender tak mudah, guna blender je mudah πŸ§‘πŸ’›
STPM Penggal 2 2020 - Pendidikan Seni Visual









  

Comments

Popular posts from this blog

Nota Ringkas STPM BM 1 (Bahagian 5 - Akhir)

Soalan STPM Sejarah Semester 3

Contoh Wacana Retorik: Pemerian, Pemujukan, Penceritaan, Pendedahan, Penghujahan