Nasi Minyak Harini, Hari Jadi Esok 🤣

Kompang dipalu (kepuk kepah kepuk kepah) 
Pengantin baru (kepuk kepah kepuk kakpah?!)

Eh, eh ni bukan nasi minyak nak kahwin. Ni nasi minyak kasi suka-suka je.

Awalnya dapat rasa nasi minyak, ehhh 😂 Pagi tadi Awah bukak tudung saji, eh? Biar betul apa aku nampak ni? Nasi minyak? Rajin bebeno umi pagi-pagi lagi dah masak nasi minyak.

Yang kebetulannya, esok 26 Julai hari jadi Syarah. Ingatkan umi nak masak special masa hari jadi, tapi ni punya perancangan jadi awal sehari pulak 😅

Masa bangun pagi tadi memang dah dengar umi masak kat dapur, dengan bunyi air sink semua. Tapi biasanya umi masak roti telur aje, benda senang dan cepat.

sebabkan syok makan punya kes, terlambatlah kita ke sekolahnya😆 7.30 pagi dah dengan suara ngah jerit "Awah eh, awok wak nde, lambat doh ni". Amek kau, sekali kena jerit loncat terus jantung. Sampai sekolah rasanya baru jantung ni toink toink masuk balik dalam badan, huishh.

Okaylah, itu aje ceritanya harini. Babai 😘

Eh jap, jap.

Kasi dengki lagi la, biar terliur meleleh leleh air sebab mengidan nasi minyak mak-mak punya.

Nasi Syarah sepinggan je, satu pinggan lagi adik punya 

Umi buat kuah gulai atau kari, tapi best sangat. Tak rasa hanyir langsung bau daging tu, besttt

Btw, air milo tu pon bukan Syarah punya. Sob sob nasiblah orang tak boleh minum milo pagi-pagi



Comments

Popular posts from this blog

Nota Ringkas STPM BM 1 (Bahagian 5 - Akhir)

Soalan STPM Sejarah Semester 3

Contoh Wacana Retorik: Pemerian, Pemujukan, Penceritaan, Pendedahan, Penghujahan