Posts

Showing posts from January, 2019

🚦Nak Ambil Lesen! 🚗

Alhamdulillah, kelmarin akhirnya selesai kelas memandu wajib 6 jam (rasanya kalau tak silap) setelah berkali-kali ada halangan. Saya seorang penakut nak belajar kereta sebab pernah kemalangan jalan raya tapi bila orang sebut tentang 'belajar kereta' rasa macam trauma pon ada. 1. Rancang Tarikh Please! Pilih tarikh yang sesuai, kalau nak berjalan dengan lancar, pilih tarikh yang paling helok. Biasa orang buat lepas SPM, kalau nak cepat habis pilih tarikh yang paling dekat selepas hari terakhir SPM. Biasa pelajar sastera habis awal SPM, haa boleh daftar masuk kelas selalu. Tak payah bersesak dengan pelajar lain yang belum tamat. Sebab boleh elakkan stress tunggu lama-lama. Tips bagi orang yang paling suka akan ketenanga, boleh pilih tarikh yang paling jarang orang buat, contoh bagi pelajar lepasan SPM ialah hari pertama orang pergi sekolah, confirm tak sesak sebab budak tingkatan 4 tahun lepas yang nak ambil lesen motor dah pergi sekolah. Macam saya ambil 1 Januari 2019,

Pilih Keluarga👨‍👩‍👧‍👦 Dan Masa Depan📖

Lanjutan dari kisah arwah tokki meninggal, ada kisah yang menjawab persoalan saya selama ni.  Sepupu saya ada interview untuk masuk tahfiz di KL, pada hari yang sama tokki saya meninggal. (takdir Allah, siapa sangka?) Masa tahu berita kematian tokki pukul 2/3 pagi mungkin mereka (mak saudara, dan 2 orang sepupu) dah ada kat KL. Jadi ceritanya, mereka balik ke kampung lepas sepupu saya interview, dan sampai petang (selepas tokki dikebumikan). Saya fikir takdelah terkilan mana sebab mereka dah jumpa tokki sebelum bertolak dan alang-alang dah sampai sana baik sudahkan interview. Lagi satu saya rasa seeloknya mereka tak balik pada pukul 2/3 pagi sebab bahaya. Dalam kes ni, mungkin orang akan nampak macam masa depan lagi penting, tapi hikmahnya mereka selamat sampai kampung tanpa bahaya (untuk redah jalan raya masa gelap).  Dalam kes lain, 2 tahun lepas, abah saya sakit 3 hari sebelum saya ambil Peperiksaan Percubaan PT3 dan meninggal dunia pada hari terakhir saya jawab Peperiksaan

Perkara Penting Apabila Ahli Keluarga Meninggal Dunia

🔔Ini perkara yang serius, semua dari kita akan menghadapinya, mungkin berbeza waktu dan situasi.  Tokki saya telah kembali ke rahmatullah pukul 2.25 pagi 29 Disember 2018. Yang saya nak ceritakan bukanlah kesedihan atau perjalanan yang saya ingat tentang kesakitan arwah, tapi ikhtibar yang kita boleh ambil bersama.  1. Ambil Tahu Cara War-warkan Masa terbangun pukul 3 pagi, kakak bagitahu "tokki takdop doh"(tokki dah tiada). Jadi lepas subuh, kami sekeluarga balik ke kampung. Masa sampai kat kampung, kawasan rumah sangat lapang. (macam bukan rumah orang meninggal) Rupa-rupanya sebab kawasan kampung, jadi sebarang berita orang maklum kat surau waktu solat. Sebab tak semua pakai whatsapp, dan tak logik nak call sorang-sorang nak bagitahu yang 'Pak Harun dah meninggal' macam berita gembira. (nak menjerit lagilah tak logik) Jadi apabila berlaku sebarang kejadian terhadap keluarga, pastikan kita dah sedia maklum cara untuk war-warkan pada orang ramai supaya senang