Posts

Showing posts from August, 2018

♨️Sambut Arafah Dengan Rambutan 🍴

Image
Saya nak guna cara rare dan tak pernah dibuat orang, "untuk sambut Arafah dalam kebun rambutan!!!  Perkara paling tak dirancang dan tak difikirkan sebab orang kalau puasa mesti letih, nak rehat je kat rumah, takpun nak jalan- jalan tempat ada aircond macam mall ke tapi sebab Umi cakap dah lama tak pergi kebun Rantau Panjang jadi kita relakan jiwa dan raga ni 😭  Masa mula mula pergi bersemangat bukan main, nampak je rambutan kutip, pilih yang merah merah maroon sebab nampak paling sedap. Panas jangan cerita macam duduk dalam sauna asli, jadi faham faham la macam mana peluh mengalir dah macam air terjun #jushjush Kami mula kutip buah dari pukul 3 petang sampai pukul 6 petang. Nak bertahan 3 jam dalam panas tu hanya tuhan yang tahu rasanya, tapi seronok tu tak boleh nak cakap. Masa nak heret bawak masuk  frontier, boleh pulak plastik tu carik arhhgghh stress bukan main masa tu, takkan nak  heret kot, lelaki sejati pon kalau angkat berkilo kilo buah dalam guni pun d

🏳‍🌈 Ogos Ohsem 🏁

Bulan Ogos memang sinonim dengan kemerdekaan Malaysia, tapi catatan kali ini bukan bertema patriotik tapi suatu cerita yang bermakna untuk hidup saya. Sejak tingkatan 1, saya boleh dikatakan peserta yang aktif menyertai banyak pertandingan yang bertema kemerdekaan, kebersihan, disiplin terutama berkaitan seni. Sejujurnya bukan sepenuhnya kerana minat, tapi sebab ganjarannya agak lumayan bagi seseorang bergelar pelajar. Contohnya fail, clear holder dan paling menarik duit #kecingkeing. Saya pernah dapat RM61 untuk satu pertandingan bertema disiplin hanya dengan tulis esei dan berpidato. Seronok masa tu sebab menjana pendapatan agak mudah bila pandai cari peluang. Tapi lain cerita bila pindah sekolah, saya hajat nak masuk pertandingan sebab nak buat Abah bangga dan gembira. Untuk tambahkan keseronokan saya ajak kawan kawan untuk masuk sekali, tapi takdirnya masa hari pertandingan saya nak teman Abah di hospital, jadi saya tak masuk pertandingan lakonan. Sebab nak buat Abah tetap ban

Sekadar Luahan

Malam ni dada saya rasa sangat sebak. Kepala rasa macam sangat berat. Terlalu banyak perkara yang saya fikirkan sampai saya tak boleh tidur kerana serabut.  Saya benci. Untuk buat perkara yang saya tak suka, perkara yang tak serasi untuk hidup saya. Saya rasa tersekat, untuk puaskan hati orang, untuk memenuhi tanggapan orang. Saya lelah bila harus berusaha bersungguh sungguh untuk lihat orang lain bahagia, walaupun hakikatnya hati saya bukan di situ.  Saya masih mentah, budak berusia 17 tahun yag masih tak kenal sepenuhnya erti kehidupan, tapi satu saya pegang dalam hidup, "SEMUA MANUSIA ADA PELUANG UNTUK BERJAYA" sebab tu saya sangat percaya ada berjuta cara untuk seseorang berjaya, tapi masyarakat sekarang hanya pandang pelajaran adalah utama dan segala-galanya. Hanya akdemik yang mampu ubah hidup kita, tiada istilah bakat atau minat, peluang yang ada cuma perlu cemerlang akademik.  Saya hidup dengan mentaliti tersebut berbelas tahun, dan kerana saya banyak membaca ki