🤺 Perjuangan November Rain ☔
Post ni saya dah tulis 4 hari sebelum SPM, tapi baru post sebab mood tengah stabil sekarang hehe.
Kenapa letak tajuk November Rain? Saja sebab dengar macam sedap dan bersesuaian pulak dengan situasi hari ni yang kejap hujan kejap panas. :P Sebenarnya dapat idea tu masa dengar radio tiba tiba DJ tu cakap November Rain, jadi THINNKK! dapat idea (macam timbul mentol atas kepala) haha.
Kenapa letak tajuk November Rain? Saja sebab dengar macam sedap dan bersesuaian pulak dengan situasi hari ni yang kejap hujan kejap panas. :P Sebenarnya dapat idea tu masa dengar radio tiba tiba DJ tu cakap November Rain, jadi THINNKK! dapat idea (macam timbul mentol atas kepala) haha.
Tujuan sebenar tulis sebab hari ni mungkin hari yang bermakna untuk sesetengah orang yang masih dalam perjuangan atau baru ingin memulakan perjuangan, jadi untuk appreciate orang orang di sekeliling yang sedang berjuang (termasuk diri sendiri) maka terlahirah idea untuk tulis blog kali ni.
Macam yang semua tahu (atau sestengah atau ada je yang tak tahu, takpelah nonsense) hari ni hari kedua Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 2017 (untuk daerah Dungun), jadi sebab itu la dikatakan sebentar tadi diri sendiri pon ada perjuangan -_- Mungkin 'agak' terlewat tapi untuk semua Batch 01 dan rakan seperjuangan yang lain, semoga dapat jawab soalan serta dapat result yang cemerlang ye kengkawan sekalian. Tau dah sebab akhir tahun punya peperiksaan mesti ramai yang bersungguh sungguh sebab sedar tahun depan dah masuk Tingkatan 5 dan nak SPM daa. >.<
Bercakap tentang Spm dan Tingkatan 5, hari ini dah nak berakhir. Buat pelajar negeri Terengganu dan negeri negeri lain yang cuti hujung minggu start Jumaat, memang hari ni adalah hari terakhir akak-akak dengan abang-abang (-.-) untuk duduk dalam kelas. Mungkin belajar, mungkin menelaah balik pelajaran lama, mungkin baru nak mula fokus pada kata-kata guru, mungkin masih buat bising dalam kelas, mungkin masih tak sedar-sedar nak hadapi periksaan jadi sibuk duk kacau orang lain tengah study. Mungkin?
Tapi yang pasti hari ni adalah hari terakhir untuk senior-senior sekalian mencipta memori terakhir sebagai pelajar yang memakai baju sekolah yang belajar di sekolah yang masih mampu tersenyum melihat gelagat rakan-rakan. Yup hari ni adalah hari terakhir. Jadi buat semua senior calon SPM 2017, teruskanlah perjuangan sehingga ke titik ayat yang terakhir pada kertas yang terakhir. Semoga semua pengorbanan, senyuman, keikhlasan, air mata, setiap titik peluh yang mengalir pada waktu malam ketika semua tidur dan anda masih terjaga hanya untuk kecemerlangan dan segalanya akan terbalas. FIGHTING!
CZS (guru Matematik Tingkatan 2 yang pernah menjadi guru terbaik Matematik Tambahan Negeri Terengganu) pernah cakap, "Kecemerlangan akademik bukan jaminan awak berjaya, tapi itu pun penting, kalau adik awak (masa tu hari keputusan UPSR 2015 yang adik saya keluar) dapat molek, 5A, alhamdulillah, kalau dok(tidak) dapat pon takpe, adalah rezeki dia kemudian hari, mungkin masa sekolah menengah, mungkin masa kerja, jadi kena yakin pada ALLAH". Dan macam tepat apa yang cikgu kata, tapi saya cuba terima dengan hati yang terbuka (walaupun menangis 2 hari kejap-kejap je berhenti, dalam bilik air, belakang langsir, atas katil-takdelah meraung atau sedu sedan tapi menitik jugalah), takdelah teruk pon keputusan tapi kakak dia sensitif kalau apa apa melibatkan adik. :P
Last but not least, perjuangan para pesilat SMASID (kawan-kawan saya ramai masuk silat ^_^'') semoga menang semua acara #cewah (terutamanya Nik Solehah, kawan-kawan sekelas dan sebatch 01 - tak boleh mantion nanti timbul kontroversi kang lain pulak ceritanya*-*) . Dapat pingat pon dah okay, tak, dapat masuk pertandingan mewakili sekolah dah lebih dari okay sebenarnya. Ingatan dan doa saya sentiasa bersama-sama awak semua (dokpun sepmung sume)
Comments
Post a Comment